"Juliya! Juliya! mana kau hah?!! keluar skrg!" jerit Sarah lantang dari luar rumah. membara sungguh rasa hatinya saat ni. rasa mahu dia saja dia menampar-nampar pipi licin milik adiknya itu. adik tak mengenang budi!
Juliya yang baru saja selesai solat maghrib tidak sempat menanggalkan telekung sebaliknya kelam kabut turun ke tingkat bawah apabila mendengar jeritan kakaknya itu.
'Apa lagilah yang kak Sarah tak puas hati dengan aku ni?hurmmm' bisiknya di dalam hati.
"Ada apa terpekik-pekik macam orang histeria ni, Cik Sarah?" tegur Mak Som yang sejak daripada tadi berada di dapur. apabila kedengaran jerit pekik Sarah, dia bergegas menuju ke ruang tamu.
"Mak Som jangan masuk campur. ini urusan Sarah dengan Juliya." marah Sarah. dia memeluk tubuh.
Mak Som menggeleng-gelengkan kepala.
"Kalau ye pun Cik Sarah marah sangat dengan Cik Juliya, cuba bawak bersabar. bincang baik-baik. marah-marah macam ni tak dapat selesaikan masalah, Cik Sarah." Mak Som cuba menasihati anak sulung majikannya itu.
"Mak Som jangan nak naikkan marah Sarah lagi tau! Sarah bukan nak dengar Mak Som berceramah. Sarah nak anak kesayangan ayah dengan mama tu turun sekarang!!!" jerit Sarah lagi.
"Juliya, kau turun sekarang! kau jangan sampai aku naik bilik kau. habis kau, aku kerjakan nanti. adik tak mengenang budi!!" jerit Sarah menggila.
Juliya kelam kabut turun ke bawah. melihat wajah Juliya di hujung tangga, Sarah segera menghampiri adiknya dengan wajah yang bengis.
"Hei! kau sedar tak apa yang kau buat ni ha?" Sarah menolak Juliya ke lantai.
Juliya terjatuh dan mengerang kesakitan.
"Apa yang Juliya dah buat?" tanya Juliya sambil menahan tangis.
"Kau tanya aku apa yang kau dah buat? hei! kau jangan pura-pura tak tahu tau. kau ingat aku tak tau, kau pergi jumpa dengan Adam pagi tadi kan? kau taukan aku suka kat Adam tu kan? yang kau menggatal menggedik dengan Adam tu sapa suruh?!! hah!!" marah Sarah semakin membuak-buak. dia menonjol-nonjol kepala Juliya tanpa belas kasihan.
Mak Som yang berada di situ segera mendapatkan Juliya.
"Cik Sarah, apa buat macam ni kat Cik Juliya. kalau ye pun, dengar dulu penjelasan Cik Juliya." Mak Som menepis-nepis tangan Sarah yang semakin menggila. semakin kuat tangisan Juliya.
"Juliya bukan sengaja nak jumpa dengan dia, kak. Juliya jumpa Jue je. tak sangka dia ada sekali. Juliya tak tau apa-apa. percayalah." Juliya cuba menjelaskan hal itu pada kakaknya.
"Arghh! kau ingat aku nak percaya cakap kau?!! kau yang menggatal dengan dia, kan. macam aku tak tahu. kau berpeluk dengan dia dekat wayang, pegang tangan dia, lepas tu kau jumpa dia dekat taman. kau ingat aku tak tahu!! aku dah cakap haritu yang aku suka kat Adam, kan. aku dah cakap, Juliya. tapi kau memang sengaja nak rampas dia daripada aku. kau memang adik tak berguna! tak kenang budi!!" jerit Sarah sambil tangannya menarik-narik telekung yang di pakai oleh Juliya.
"Kak, percayalah. Juliya tak ada apa-apa dengan dia. apa yang akak nampak tu tak disengajakan. Juliya tak sengaja terpeluk dia. Juliya ingatkan Jue. Juliya.."
"Hah! kau mengaku kan kau peluk dia? kau memang gatal, perempuan sundal tau tak. eii, aku geram betullah dengan kau ni. aku tak mengaku kau tu adik aku tau tak. aku benci kau! aku benci kau sangat-sangat." jerit Sarah sekuat hati. dia menyepak-nyepak Juliya yang sedang di peluk oleh Mak Som.
"Kak, sakit kak. kak, percayalah cakap Juliya. Juliya tak salah." Juliya sambil menahan sakit di sepak oleh kakaknya sambil menangis teresak-esak.
"Cik Sarah, kenapa buat Cik Juliya macam ni. kesiankanlah dia. diakan adik Cik Sarah." Mak Som ikut menangis. dia cuba untuk melindungi Juliya, tetapi Sarah menarik tangan Mak Som daripada membantu Juliya.
"Sarah!!! apa yang kamu buat ni hah!!!" jerit Datuk Osman yang baru saja pulang daripada rumah temannya bersama isterinya Datin Zubaidah.
Sarah tersentak. dia menghentikan perlakuannya.
"Ya Allah! apa yang kamu dah buat ni Sarah! kenapa kamu buat adik kamu macam ni?" marah Datin Zubaidah pula sambil mendapatkan Juliya yang sedang terbaring di lantai. di lihatnya Juliya sedang menangis dan terdapat kesan cakaran di pipi anaknya.
"Err, Sarah.." Sarah tergagap-gagap menjawab.
"Apa kena dengan kamu ni Sarah? kalau ada masalah, tak puas hati dengan adik kamu, tak boleh ke kamu cakap elok-elok dengan adik kamu ni? ni sampai kamu perlakukan dia macam haiwan. kamu sedar tak dia adik kamu?" marah Datuk Osman.
"Ayah tak payah nak ajar Sarah. Sarah tau apa yang Sarah buat. memang patut pun Sarah buat dia macam ni sebab dia dah sakitkan hati Sarah!" bentak Sarah.
"Apa yang dia dah buat sampai kamu buat dia macam ni, hah! cuba kamu cakap dengan ayah! apa yang tak kenanya lagi!" tengking Datuk Osman.
"Dia.. dia rampas teman lelaki Sarah!!" Sarah cuba membela diri. memang itu yang terjadi. Juliya sedang merampas lelaki yang dia cintai. kalau Juliya tak menggatal dengan Adam, lelaki itu pasti sudah menjadi miliknya kini. argh!!
"Juliya, betul ke apa yang kakak kamu cakap ni?" tanya Datuk Osman kepada Juliya yang sedang menangis di pelukan isterinya.
"Tak ayah. Juliya tak buat benda tu semua. percayalah." jawab Juliya dalam tangisan.
"Kau masih nak bohong lagi? kau memang perampas. kau guna-gunakan Adam supaya dia sukakan kau, kan? memang dasar perempuan jalang!!" tengking Sarah. dia ingin mendapatkan Juliya tetapi di halang oleh ayahnya.
"Sarah!!! jaga sikit mulut kamu tu!!!" marah Datuk Osman.
"Kenapa ayah nak bela sangat Juliya ni? ayah dengan mama selalu manjakan dia. tengok sekarang apa yang dia dah buat. dia rampas teman lelaki Sarah." bentak Sarah. sungguh dia tak puas hati.
"Siapa kata saya teman lelaki awak, Sarah? Saya tak pernah ada perasaan sikit pun pada awak." tiba-tiba terdengar suara seseorang di muka pintu.
semua menoleh ke pintu.
BERSAMBUNG..
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment