“Sorry, sorry. I’m late. Dah lama ke kau tunggu?” tanya
Juliya setelah sampai di hadapan Juliana.
Juliana tersenyum lebar apabila melihat Juliya.
“Sedar pun dia lambat. Penat tau aku tunggu kau. Naik kematu
dah kaki ni berdiri kat sini daripada tadi.” Juliana pura-pura merajuk.
Serba salah Juliya di buatnya. Bukannya dia sengaja lambat,
tapi sewaktu dia hendak keluar tadi macam-macam soalan di tanya oleh mamanya.
Keluar dengan siapalah, balik pukul berapalah, nak drive kereta sendiri pun
mamanya tak bagi. Di suruhnya pakcik Bakar yang menghantar. Kalau tidak di
turutkan arahan mamanya itu, dia tidak di benarkan keluar. nasiblah, siapa
suruh jadi anak bongsu kesayangan mama dan ayahnya. Haihhh.
“Sorrylah. Bukan aku sengaja lambat. Mama aku tadi soal siasat masa
nak keluar tadi. ni pun pakcik Bakar yang hantar aku. Mama tu tak bagi chance
anaknya ni keluar drive kereta sendiri. Bahayalah, apalah.” Juliya memegang
tangan sahabat baiknya itu.
Juliana memandang Juliya.
“Tulah, susah jadi anak kesayangan ni. nak keluar dengan dia
pun kena buat appointment bagai, siap berhantar lagi. tengok aku ni, steady je
tau. Drive kereta sendiri. Takde driver pun.”
Juliya tersenyum kelat.
“Janganlah cakap macam tu. serba salah aku di buatnya. Mama
nak terbaik untuk anak dia, so aku sebagai anak ikut jelah apa yang dia nak. Tak
ikut nanti bebel makin panjang. Bukan setakat bebel je yang panjang, dengan
mulut-mulut ni ha panjang je memuncung. aku jugak yang tak senang hati.” Juliya tergelak kecil. Juliana ikut tergelak.
“Ok, oklah. Tak mahu cakap pasal ni lagi. kita datang sini
nak bergembira. Dah seminggu lebih tak jumpa kau. Miss you so much dear. Give
me a hug.” Juliana memeluk Juliya erat. Sungguh dia rindu dengan temannya itu.
sewaktu di London, mereka sering berkepit mengalahkan orang yang sedang
bercouple. Hubungan mereka terlalu akrab sampaikan apa sahaja cerita, mereka
nak share bersama.
Juliya tersenyum. dia juga ikut memeluk temannya itu erat.
“Miss you too Jue. Rasa macam dah lama tak jumpakan.”
“Ehemmm!” terdengar satu suara berdehem. Mereka melepaskan
pelukan dan mencari suara itu.
“Eh, abang. Sampai pun. ingatkan dah sesat, tak jumpa jalan
nak ke sini.” Perli Juliana. Juliya terpinga-pinga.
Kenapa abang Jue ada kat
sini jugak?
“Sorrylah, abang baru lepas jumpa client tadi. terus
berkejar ke sini. Dah lama ke tunggu abang?” tanya Adam lagi sambil matanya
tidak lepas memandang ke arah Juliya.
Juliya perasan mata abang Jue terarah kepadanya. Dia
memandang ke arah lain.
“Takdelah lama sangat. Juliya ni pun baru je sampai tak
sampai 5 minit tadi. Juliya, sorry tau aku lupa nak bagitau yang abang aku join
sekali kita nak dating ni. kau tak kisahkan?” tanya Juliana. Takut jugak
temannya itu tidak selesa dengan kehadiran abangnya bersama mereka.
Juliya tersenyum.
“Eh, it’s ok. aku ok je. Hmm.” Sejujurnya dia memang tidak
selesa abang Jue ada bersamanya tetapi hendak di apakan lagi. takkan nak halau
abangnya pulakkan. Dia tidaklah sekejam itu.
“Betul ni awak tak kisah saya join?” tanya Adam. Matanya tepat
memandang mata Juliya.
Juliya mengangguk sahaja tanpa memandang mata Adam. Mata
Adam terlalu tajam menikam.
“Oklah kalau macam tu. kita nak pergi mana sekarang ni?”
tanya Juliana.
“Hurmm. Apa kata kita pergi makan dulu. Abang lapar ni,
daripada pagi tak makan apa-apa lagi. boleh Juliya?” tanya Adam cuba untuk
menarik perhatian Juliya untuk berbual dengannya.
Juliya tersenyum dan mengangguk.
‘Alahaiii, cutenya dia senyum. Cair hati di buatnya.’ Bisik
hati Adam. Dia tersenyum lebar.
“Ok, jom. Kita makan kat Chili’s ok? Abang belanja.” ujar
Adam.
“serious, abang? Yeayyy! Jimat duit Jue hari ni. alang-alang
nak belanja makan tu, baik belanja kitorang shopping sekali. Baru best.”
Juliana bersuara riang.
Juliya menampar perlahan lengan Juliana. Amik kesempatan
pulak Jue ni. dah bagi betis nak paha pulak.
“Auchh! Sakitlah. Apa pukul-pukul ni.” Juliana memuncung.
Adam tergelak kecil.
“Kau je, apa pulak ‘kitorang’.” Ujar Juliya.
“Eh, apa salahnya. Abang aku tengah baik hati sekarang ni.
maklumlah, hati sedang berbunga. Kalau kau mintak baju mahal pun agaknya dia
sanggup belikan untuk kau tau.” Juliana sengaja hendak mengusik abangnya.
Adam terbatuk tiba-tiba. Juliana tergelak. Juliya
terpinga-pinga.
“Juliya, kenapa tak makan?” tanya Adam sewaktu di restoran
Chili’s. Juliana di sebelah Juliya diam sahaja, khusyuk makan makanan
kegemarannya itu.
Juliya mengangkat muka.
“Eh, makanlah ni.” Juliya menjawab pendek.
“Makan apa macam tu. macam tak sentuh pape je. Tak sedap eh? Ke tak suka makan kat
sini?” tanya Adam lagi.
“Apanya abang. Chili’s ni tempat faveret dia kot. Taste
kitorang sama. Dia malu kot nak makan.” Sampuk Juliana.
Juliya memandang Juliana tajam. Sengajalah tu nak kenakan
dia. ishh!
“Kenapa pulak nak malu?” tanya Adam.
“Yelah, dah abang dok tenung je dia. mana nak datang selera
dia tu. kalau Jue pun tak lalu ada orang tenung.” Juliana tersengih sambil
meneruskan makan.
Adam terdiam. Dia melihat Juliya di hadapannya. Di lihat
wajah Juliya sudah berubah riak. Warna kulit sudah berona merah. ish, Jue ni
kalau nak cakap pun agak-agaklah sikit. Tak bertapis langsung. Mana nak letak
muka ni.
“Apa Jue ni. cakap tak bertapis langsung.” Marah Adam
perlahan.
Juliana tersengih.
“Sorry, Juliya. aku gurau je. Jangan amik hati tau. He he he.”
Juliana memeluk lengan Juliya di sebelahnya.
Juliya tersenyum kelat.
“It’s ok. aku dah kenyang sebenarnya. kat rumah tadi dah
makan.” Juliya memberi alasan. Dia lapar sebenarnya, tapi seleranya mati
tiba-tiba. Pandangan mata abang Jue itu membunuh seleranya.
“Ohh yeke. Kenapa tak cakap dah makan. Apa kata awak bungkus
je makanan ni semua. Sayang terusik sikit je ni.” ujar Adam memandang Juliya.
Juliya seperti biasa hanya senyum dan mengangguk sahaja.
“Ok, kejap eh. saya mintak diorang bungkus untuk awak.” Adam
mengangkat pinggan Juliya dan membawanya ke kaunter.
“Kau ni mulut takde insuran tau. Ke dah lama expired?”
Juliya menggunakan kesempatan itu untuk meluahkan marahnya pada Juliana.
“Eh? What I’ve done, dear?” Tanya Juliana berpura-pura tidak
tahu.
Juliya mencubit lengan Juliana.
“Kau sengajakan nak kenakan aku. jahatlah kau ni. malu tau aku.”
Juliya meluahkan rasa hatinya.
“Laa. Apa pulak nak malunya. aku gurau jelah. Lagipun apa yang aku cakap tu betul apa. aku perasan jugak mata abang aku tu asyik kat kau je. kau takde selera nak makan pun sebab kau malu abang aku tenung kau je kan?”
“Err, mana adalah. aku ok je.” Tergagap Juliya memberi alasan.
Juliana tersengih.
“Come on lah Juliya. aku kenal kau bukan semalam. Bukan 2
minggu. Dah 3 tahun ok. Masak sangat dah dengan perangai kau tu. aku tau kau tak
selesa ada abang aku kan. I’m so sorry. Abang aku nak sangat kenal dengan kau. aku harap kau tak kisah.” Juliana berterus terang.
Juliya memandang Juliana.
“Nak kenal dengan aku? for what?” tanya Juliya.
“Tu kau kena tanya sendirilah dengan empunya badan. aku tak
nak masuk campur. Ok?”
Juliya terdiam. Juliana menghirup ice lemon tea di
hadapannya dan berbuat biasa apabila abangnya kembali ke meja.
“Abang, I’m done.” Ujar Juliana riang.
“Ok, abang pun dah bayar sekali tadi. lepas ni nak ke mana?”
tanya Adam.
“Jue nak tengok wayang.” Jawab Juliana selamba.
Adam memandang Juliana dan Juliya.
“Saya ikut jelah.” Jawab Juliya.
“Ok, jom.” Juliana menarik tangan Juliya di sebelah. Juliya mengikut
langkah Juliana sahaja. Ish, Jue ni dah macam budak-budaklah.
“Perlahan sikit boleh? Sakitlah tangan aku.” marah Juliya
perlahan. Adam di sebelah hanya tersenyum mendengar.
“Hai, Adam. How are you?” tegur seorang wanita.
Adam menoleh. Alamak! Kiki.
“Err, hai kiki. I’m good. Fine. You buat apa kat sini?”
tanya Adam berbasi-basi. Matanya sempat memandang Juliana dan Juliya di
sebelah.
“Buat apa? Shoppinglah sayang. Buat apa lagi. you datang
dengan siapa?” dia memeluk lengan Adam selamba. mata Kiki memandang dua orang gadis di sebelah Adam.
“Oh, I datang dengan adik I and her friend. Kenalkan, ni
adik I Juliana. And this is Juliya. Jue, Juliya, kenalkan ni Kiki. Kawan
abang.”
“Oh, hai. Nice to meet you all.” Kiki tersenyum memandang
Julina dan tersenyum kelat apabila memandang Juliya. Wow! This girl is so
gorjes, beautiful, cute. Hurm. Dia
memandang Juliya atas dan bawah.
“Hai.” Juliana membalas sapaan itu. Juliya hanya tersenyum.
"Adam, kenapa dah lama tak call I? I rindu you tau." Kiki bersuara manja. dia melentokkan kepalanya ke bahu Adam. sengaja dia menggesel-geselkan tubuhnya ke tubuh Adam.
Adam serba salah. dia cuba untuk merenggangkan pelukan Kiki. matanya sempat memandang Juliya. Juliya memandang ke arah lain.
"Err, bukan I tak nak call. Tapi I busy. banyak kerja sekarang ni. sorry." jawab Adam sambil tangan menepis-nepis lembut tangan Kiki yang menjalar ke tubuhnya.
"Atau you saja nak jauhkan diri daripada I, Adam? you taukan I sayang you? sampai hati you buat I macam ni." Kiki menunjukkan kesedihannya.
"Er, Kiki. jangan macam ni. Ok, free nanti I call you ok." ujar Adam untuk menyedapkan hati Kiki.
"Promise?" Kiki tersenyum manja. dia memeluk leher Adam. Adam menepis lembut.
"Ye. nanti I call." jawab Adam dengan senyuman yang sengaja di maniskan.
“Hmm. Oklah, I gotta go. Free call I ok. I tunggu. Bye Adam, bye
girls.” Kiki melambai dan melangkah lemah gemalai menuju ke pintu lif.
“Amboi abang. Kemain lagi kawan abang tu. tergesel-gesel macam orang gersang. menggedik tak menyempat. Jue yang tengok ni pun naik malu. dahlah sexy gila. Pakai
baju sampai nampak lurah, skirt pendek atas paha. Baik tak payah pakai baju
macam tu. Jue tengok ni pun dah seram
sejuk. Belum lagi tok imam tengok, pengsan terus agaknya.” Juliana berlelucon.
Juliya tersenyum.
“Jue ni kalau mengata orang, dialah nombor satu. Biarlah
dia, dosa dia yang tanggung. Asal adik abang ni tak berpakaian macam tu
sudahlah.”
“Ish, mintak simpang. Jue pakai baju ketat, seluar ketat pun
mummy dah bising. Kalau Jue pakai macam tu, mummy kejar satu rumah dengan
penyapu agaknya.” Juliana tergelak. Adam ikut tergelak.
“Tau pun. nak rasa kena ganyang dengan penyapu silalah
buat.”
Juliana tersengih.
“Jomlah. Kesian Juliya tunggu lama kat sini.”
“Eh, biar Jue masuk dulu. Abang hujung.” Juliana masuk dan
menarik tangan juliya duduk di sebelahnya. Adam tersengih memandang Juliya yang
terpinga-pinga. Adam duduk di sebelah Juliya.
‘Apesal pulak aku kena duduk tengah? Kenapa Jue tak duduk
sebelah abang dia? Jue ni memang sengaja tau. Grrr!’
“Jue, tukar tempat.” Pinta Juliya.
“Eh, kenapa? Ok dah ni. malas nak bangun dah.” Juliana
memberi alasan.
“Kau sengaja eh?”
“sengaja apa?”
“Sengaja nak suruh aku duduk sebelah abang kau. Kan?”
“He he he. Ok, cerita nak start. Duduk diam-diam.”
Juliya memeluk tubuh. Geram dia dengan temannya itu. dahlah
tengok cerita seram ni. macam Jue tak tahu aku ni penakut. Kang kalau terpeluk
abang dia macammana.
Sudah 15 minit cerita bermula. Juliya sudah merasa seram. Dia
menutup separuh wajahnya dengan pop corn. Matanya masih mengintai skrin wayang.
Mulutnya tidak henti-henti mengunyah pop corn walaupun hatinya
resah menunggu hantu muncul.
resah menunggu hantu muncul.
“Arggghh!” Kedengaran suara penonton menjerit. Juliya terkejut. Dia ikut terjerit.
Adam di sebelah sedaya upaya menahan ketawanya daripada meletus. Rasa geli hatinya melihat telatah juliya itu. sedari tadi dia asyik memerhati tingkah laku Juliya. Takut-takut pun mulut masih tak henti-henti mengunyah.
“Bak pop corn.” Juliana menarik pop corn di tangan Juliya. Khusyuk dia menonton cerita itu.
“Eh. Alaaa.” Juliya sudah tidak keruan. Nak sorok muka macammana ni. terpaksa guna tangan je.
Juliya cuba untuk focus. Tetapi apabila ada tangan yang muncul memegang kaki heroin di skrin wayang, membuatkan dia dan penonton terjerit. Dia memeluk lengan Juliana di sebelah. Ah, kenapa mesti Jue bawak aku tengok cerita seram ni. macam tak tahu aku ni penakut. Eiiii, Jue ni. semakin erat dia memeluk lengan itu.
‘Eh, kejap. Bukan ke Jue punya seat sebelah kiri? Ni seat sebelah kanan.’ Juliya mendongak mencari wajah Juliana. Errrr! Adam! Adam tersenyum lebar memandang Juliya yang masih memeluk lengannya erat.
“Kalau takut peluk je saya. saya ok je.” Usik Adam.
Juliya tersenyum kelat. Dia segera melepaskan pelukannya.
“Er, sorry.” Ujar Juliya perlahan.
Adam tersenyum. dia memeluk tubuh.
“Awak sedar tak yang awak ni cute?” tanya Adam selamba.
Juliya terkaku. Dia memandang mata Adam lama.
“Mata awak cantik. saya suka tengok.” Ujar Adam lagi.
Juliya sudah tidak senang duduk. Kenapa hatinya merasakan sesuatu? Dia pantas melarikan wajah. Dia menggosok-gosok tapak tangan. Sejuk pulak terasa.
“Sejuk ke?” tanya Adam.
Juliya mengangguk sahaja. terkejut dia apabila tangan Adam menarik dan menggenggam tangannya. dia memandang Adam. Adam tersenyum. dia cuba menarik tangannya tetapi Adam menggenggamnya lebih kemas. Sudahnya dia membiarkan saja tanpa rela.
“Huarggg! Akhirnya habis jugak. Ada ke patut hero tu mati. Dahlah hensem. Sedih betul.” Komen Juliana setelah lampu wayang di buka. Dia menoleh memandang Juliya dan abangnya di sebelah.
“Eh? hai. Siap berpegangan tangan lagi. apa cer ni? orang tengok wayang, dia buat wayang eh.” Usik Juliana apabila melihat tangan kanan temannya itu di genggam oleh abangnya.
Juliya yang sedang mecari beg tangan di bawah seat segera menarik tangannya. merona merah tangannya.
Adam tersengih sahaja. Terkantoi dengan adik sendiri.
“Err, he he he. Takdelah, tadi Juliya sejuk. Abang peganglah tangan dia. tak buat apa-apa pun.”
Juliana tersenyum sinis. Dia memandang wajah temannya itu.
amboi, merah muka haa.
“Apalah abang ni. gelojoh tau. Kalau ye pun sabarlah sikit. Kesian kawan Jue ni. tengok muka dah merah.”
Adam memandang wajah Juliya di sebelah. He he he. Comelnya dia.
“Abang ni, orang marah dia boleh senyum pulak. Kalau dah angau tu angaulah jugak.”
Juliya sudah tak terkata. malunya usah di cakap. kalau boleh nak je dia sorok muka kat bawah seat ni. baru dia hendak bangun, kedengaran phonenya berbunyi dari dalam beg. dia segera menyelongkar beg tangannya.
"Mama." bisiknya perlahan.
"Kejap eh, my mom call." Juliya pantas berjalan keluar daripada panggung wayang dan menjawab panggilan mamanya. Adam dan Juliana turut keluar mengikutinya.
"Ye, ma."
"Yayang ada kat mana ni?" tanya Datin Zubaidah.
"Yayang baru lepas tengok movie ni dengan kawan. kenapa, ma?" Juliya sengaja perlahankan suara apabila menyebut nama timangannya kerana takut Adam dan Juliana terdengar. dia segan. biarlah nama itu di gunakan di rumah saja.
"Ohh. Mama saja je call. nak tau anak mama ni kat mana. mama risau. Yayang dah makan ke?" tanya Datin Zubaidah.
Juliya tersenyum. mama ni pantang aku keluar, mulalah nak call tanya itu ini.
"Mama. dont worrylah. yayang dah makan tadi. mama ni risau sangatlah." Juliya tersengih.
"Mestilah mama risau sayang. yayang tu anak mama.sebelum ni mana pernah keluar sendiri. mesti keluar dengan mamakan."
"Ma, yayang keluar dengan kawanlah. bukan sorang-sorang. jangan risaulah ok?"
"Hmm. yelah. jangan balik lewat sangat ok. apa apa call mama. jaga diri." pesan Datin Zubaidah.
"Ok, ma. jumpa kat rumah nanti. muahhh." sempat Juliya memberi ciuman kepada mamanya. terdengar mamanya tergelak kecil.
Datin Zubaidah memberi salam sebelum meletakkan phone.
Juliya menjawab salam mamanya dan menekan butang off.
"Lamanya cakap dengan mama." tegur Adam di belakang. Juliya menoleh. dia terkejut. Adam terlalu dekat dengannya. dia berganjak ke belakang sedikit. dia mencari Juliana. mana pulak Jue ni pergi?
"Awak cari adik saya ke? dia pergi toilet kejap." Adam memeluk tubuhnya dan matanya hanya memandang wajah gadis di hadapannya.
Juliya tersenyum sedikit dan berpusing membelakangkan Adam. dia cuba memenangkan diri. kenapa jantungnya berdegup sebegini? arghh.
"Juliya." terdengar bisikan di telinga kanannya. dia tidak berani menoleh. hanya mata yang bergerak. dia ni nak apa lagi? orang tengah ramai ni. malulah sikit. ishhh.
"Saya ada something nak cakap dengan awak." ujar Adam lagi.
Juliya berganjak sedikit ke tepi. baru dia berani untuk menoleh ke kanan. Adam tersenyum. 'Ah! dia senyum pulak. makin sakit jantung aku.' bisik Juliya.
"Err, apa dia?" jawab Juliya perlahan.
"Apa kata kita cakap kat tempat lain? sini bising. boleh?" tanya Adam. Juliya serba salah. mana Jue ni? aku dahlah tak selesa dengan abang dia ni.
Sekali lagi phonenya berbunyi. 'Jue!'
"Hello, Jue. kau ada kat mana ni?" tanya Juliya.
"Hello, Juliya. Sorry sangat sangat. aku sakit perut sekarang. senggugut. aku dah on the way nak ke klinik. kau balik dengan abang aku boleh?"
"What? mana boleh macam ni. kenapa tak bagitau aku awal-awal? aku boleh drive." rasa seperti mahu menangis. sampai hati Jue meninggalkan dia sendirian dengan Adam.
"Bukan taknak bagitau tapi aku memang tak pikir apa dah tadi. sorry. pesan kat abang aku sekali tau. Aduhh. aku dah sampai klinik ni. see you later. bye."
Belum sempat Juliya ingin menjawab, Juliana sudah mematikan talian.
"Jue! Jue, hello! ishhh!" Juliya memandang Adam di hadapannya.
"Kenapa dengan adik saya?" tanya Adam.
"Dia sakit perut. dah kat klinik." jawab Juliya pendek. mendung wajahnya.
"Pulak dah. sakit perut kenapa pulak? tadi elok je." Adam berpura-pura marah. ini rancangan dia sebenarnya untuk berdua-duaan dengan Juliya. good job Jue!
"Dia senggugut." Malu-malu Juliya menjawab. biasalah, senggugut hanya datang bila kedatangan haid.
Adam tersengih.
"Ok, kalau macam tu nanti saya hantar awak balik ok." Sambung Adam ceria.
"Takpelah, tak payah susah-susah. nanti saya call sapa-sapa kat rumah suruh amik saya kat sini." Juliya menolak.
"Takde susahnya. lagipun tadikan saya ada cakap nak bagitau awak something. boleh kan?" pinta Adam.
Juliya serba salah. melihat Adam seperti berharap, Juliya terpaksa akur.
"Oklah kalau awak dah cakap macam tu." ujar Juliya perlahan.
Adam tersenyum lebar. Juliya tersenyum kelat.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memerhatikan mereka dengan pandangan yang sangat tajam.
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment