Sudah beberapa hari Adam Haikal tidak tenang. makannya jadi tidak selera, mandinya nak kata basah, basah tapi kenapa macam tak rasa air yang mengalir? serupa tak payah mandi. hurm. tidur pula sering terganggu dek kerana wajah itu. ah! bila hati dah merasa kehangatan cinta, semuanya serba tak kena. Adam berbaring di atas katilnya dengan tangan bersilang ke belakang kepala. 'kenapa dengan aku ni? takkan baru jumpa sehari, first time pulak tu dah tangkap cintan? memang tak masuk dek akal. selama ni ramai je aku jumpa perempuan cun melecun, belum lagi yang dok mengacau aku siang dan malam lagi tu. tapi aku tak ada pulak rasa apa-apa. arghhh!' Adam menggaru-garu kasar kepalanya. serabut rasa kepala saat ini. aku rasa aku perlu berjumpa dengan dia. mesti. dia dah buat hidup aku kucar-kacir sekarang ni. tapi, macammana nak jumpa dia lagi? nombor telefon pun tak ada. nak mintak hari tu segan pulak. awal-awal dah kena sound dengan adik sendiri. ishh! Jue ni pun satu. dengan abang sendiri pun nak berkira. nak mintak kat Sarah? ish, tak naklah. malas dia nak layan perempuan tu. hari-hari nak whatsapp, tak pun call nak ajak dinnerlah, shoppinglah, tengok wayanglah. rimas.
Tok! tok! tok! pintu di ketuk dari luar. Adam memandang pintu yang bertutup.
"Siapa? masuklah. tak kunci pun." dia bersuara.
Seketika kemudian kelihatan kepala adiknya, Juliana terjengul di muka pintu yang di buka sedikit. Juliana tersengih.
"Ha, ada apa? nak masuk, masuk jelah. tak payah nak buat iklan gigi kat sini. tak laku." Adam bangun dan duduk di atas katilnya. lesu wajahnya.
Juliana masuk dan menutup pintu. dia berjalan menghampiri abangnya.
"Bibik cakap abang tak nak makan tadi. kenapa? tak sihat ke?" Juliana bertanya. dia lihat abangnya seperti tidak bermaya. Tadi sewaktu makan malam abangnya tiada di meja makan. bila mama menyuruh bibik memanggilnya, bibik turun semula mengatakan yang abangnya tidak mahu makan.
"No lah. i'm fine. tak ada selera nak makan. nanti kalau abang lapar, abang turunlah." Adam menarik majalah Maskulin di sebelahnya dan berpura-pura menyelak satu persatu halaman majalah itu untuk menutup perasaannya daripada di ketahui oleh adiknya.
"Jue tengok muka abang pucat je tu. meh sini Jue rasa dahi abang tu, panas ke tak." Jue ingin melekapkan tangan ke dahi Adam tetapi Adam mengelak.
"Abang oklah. tak payah risaulah. pening sikit je ni. bangun pagi esok baiklah ni." Sungguh dia tiada mood mahu melayan adiknya malah sesiapa pun yang menegurnya hari ini. beginikah hebatnya penangan cinta si gadis itu? ah, terseksa rasanya.
"Abang, i know you hiding something from me rite? what's your problem actually? hm?" tanya Jue tiba-tiba.
Adam terkejut. tidak di sangka adiknya bertanyakan soalan itu.
"No, i'm not. tak ada apa-apalah. there's nothing i can tell you. i dont have any problem. dahlah, abang rasa mengantuk, nak tidur. kita sambung esok je ok." gelisah Adam seketika. dia memberi alasan hendak tidur supaya adiknya keluar dan tidak bertanyakan apa-apa lagi.
"No. I know you're lying. abang saja bagi alasan nak tidur sebab tak nak Jue tanya apa-apa lagikan? I know you well, abang. now tell me what's going on. Jue dah perasan lama dah abang tiba-tiba lain. if I'm not mistaken, since abang jemput Jue dekat airport seminggu yang lepas. suka termenung, makan pun tak banyak, suka berkurung dalam bilik lepas balik kerja. mummy cakap abang tak macam ni sebelum ni. time malam tengok tv dengan mummy, dengan daddy. bila mummy tanya, tak nak cakap. so, sekarang ni Jue nak dengar apa masalah abang sebenarnya." Juliana duduk di tepi katil abangnya.
Adam mengeluh. dia tidak dapat mengelak lagi kali ini. bukan setakat dia saja yang sedar akan perubahan dirinya, malah keluarganya juga. dia duduk semula dan bersandar di kepala katil.
"Perasan sangat ke Jue?" tanya Adam. dia memandang adiknya di sebelah.
Juliana mengangguk sahaja. Adam mengeluh lagi.
"Ok, abang cerita. tapi Jue janji dengan abang jangan cerita dekat mummy and daddy. promise?" Adam menunjukkan jari kelingkingnya. Juliana tergelak kecil.
"Tengok tu dia gelak. tak naklah cerita macam ni. keluar sekarang." Adam pura-pura merajuk.
"Eiii, mengada menggedik pulak abang aku sorang ni. sejak bila pulak kuat merajuk ni. mengalahkan perempuan."
Adam tergelak. dia menunjukkan lagi jari kelingkingnya supaya adiknya berjanji.
"Iyeeee. promiseeeeeeee. now, tell me what's the problem."
Wajah Adam berubah serius. dia berdehem seketika.
"Ermm. abang seganlah nak cerita kat Jue. nanti Jue gelakkan abang."
"Ish, nak segan apanya dengan adik sendiri. tak cerita lagi macammana nak tau nak gelakkan or tak. mengada tau dia ni. cepatlah cerita."
"Ye, ye. sabar boleh. ingat senang ke nak cerita." Adam menahan perasaan.
"Ok,ok sorry. take your time." Juliana menahan sabarnya. serius sangat ke masalah abangnya ni sampai nak cakap pun payah? risau pula dia.
Adam menarik nafas dalam-dalam.
"Actually, I er.. abang.. err.." tergagap-gagap pula dia untuk mengeluarkan ayat keramat itu.
"You what?" tanya Juliana.
"I..I.. err.." ish! apa susah sangat ni.
"I apa abang?!" sergah Juliana. penat dia menunggu. sudah hilang sabarnya.
"I'm in love with Juliya." terlepas semuanya.
Terbeliak biji mata Juliana. terkejut dia dengan kenyataan abangnya itu.
Adam serba salah melihat riak wajah adiknya.
"Jatuh cinta?" tanya Juliana.
Adam mengangguk.
"Dengan Juliya? kawan baik Jue tu?" tanya Juliana lagi.
Adam mengangguk lagi.
"Since when?" tanya Juliana.
"Hari tu, kat airport." jawab Adam pendek.
"Baru jumpa sekalikan?"
Adam mengangguk.
"Kak Sarah?" tanya Juliana.
Berkerut dahi Adam.
"Kenapa dengan dia?"
"Bukan abang tengah berkawan dengan kak Sarah ke sekarang?" tanya Juliana.
"Kawan je. tak ada apa-apa pun."
"Kawanlah sangat. berwhatsapp, calling tiap-tiap malam tu apa?"
"Itu dia yang start dulu. abang layan je. call pun dia yang call, abang tak pernah contact dia dulu." terang Adam selamba.
Juliana membuat muka. bajet dia hotlah tu. menyampah!
"Kenapa Juliya? kenapa tak orang lain?" tanya Juliana ingin tahu.
"Manalah abang tahu. dah hati nak jatuh cinta, abang nak buat macammana. bukan abang yang nak." marahnya.
"Abang sedar tak dia tu kawan Jue?" tanya Juliana.
Ni yang malas cakap dengan adiknya ni. tak habis-habis mempertahankan kawannya. takut sangatlah tu aku nak permainkan kawan kesayangannya itu. dia bukannya kaki perempuan, adiknya tahu itu. tapi bila perempuan yang mencarinya, dia hanya melayan. tapi dia hanya menganggap perempuan-perempuan itu sebagai kawan, tidak pernah lebih.
"Abang, i'm talking to you rite now."
"Ye, abang sedar. tahu. waras lagi. but like I said just now, I'm not asking for that. I'm not choose her but my heart choose her. kalau hati ni boleh pilih, memang abang tak kan pilih dia." marah Adam.
Juliana terdiam. lama. masing-masing diam tanpa bersuara.
Juliana memandang abangnya. terasa kasihan melihat abangnya yang lesu itu. hebat jugak penangan cinta Juliya ni ye sampai begini keadaan abangnya. terasa lucu pula bila melihat keadaan abangnya itu. ingatkan ada penyakit kronik ke ada masalah tempat kerja ke, rupanya masalah cinta. sebelum ni punyalah berlagak cakap hatinya kalis cintalah apalah, sekarang baru padan muka. tiba-tiba dia tergelak besar.
Adam terpinga-pinga. apahal adiknya ni? tadi kemain senyap macam marahkan dia. sekarang tergelak pulak. seram dia. mana tau adiknya kena sampuk ke tiba-tiba.
"Apahal ni? tetiba je nak gelak." tanya Adam pelik.
Bertambah kuat Juliana tergelak. rasa kelakar melihat reaksi wajah abangnya ketika ini.
"What's wrong with you? dont scared me lah. kena sampuk ke hapa."
"Ha ha ha ha! lawaklah abang ni. apa pulak kena sampuknya. abang ingat Jue marah betul-betul ke kalau abang nak suka kat kawan Jue tu. Jue saja je nak usik abang hari tu. tapi tak sangkalah abang memang betul-betul dah tangkap cintan dengan Juliya. Jue rasa geli hati sebab abang confess pasal cinta sekarang ni. ingatkan ada masalah besar apalah sampai jadi macam ni." ujar Juliana di selangi dengan ketawa yang bersisa.
Adam menjeling adiknya.
"Seriouslah abang dah jatuh cinta dengan Juliya? rasa macam tak percaya je. abang mana pernah pandang perempuan sangat selama ni. perempuan je dok kejar-kejar abang."
"Malas nak layan soalan-soalan Jue lagi dah. penat otak, penat badan. abang nak tidur, good nite." dia ingin menarik selimut tetapi di tahan oleh adiknya.
"Sabarlah, baru pukul 9.45. apa awal sangat nak tidur ni."
"Esok abang kerja, kena bangun awal." dia menarik balik selimutnya.
"Ok, ok. Jue tahu abang marah Jue gelakkan abang. sorry ok. nak Jue tolong abang tak?" tanya Juliana.
Adam yang sedang terbaring terduduk semula.
"Tolong apa?" tanya Adam teruja.
"Amboi, laju je dia. tadi kemain cakap nak tidurlah, penatlah apalah." Juliana tersenyum.
"Nak tolong ke nak perli abang ni?"
"Ok, ok. abang nak Jue tolong apa? bagi nombor telefon atau ajak jumpa?" tanya Juliana.
Bersinar mata Adam. kepala yang terasa berpusing terasa ringan seketika.
"Are you serious?" tanya Adam tidak percaya.
"Yelah. ingat Jue main-main ke. nak ke tak. tak nak takpe."
"Eh, mestilah nak. gila tak nak. abang nak dua-dua. bagi nombor, Jue ajak dia jumpa. abang nak ikut."
Juliana tersenyum.
"Ok. bila nak jumpa? bila abang free?" tanya Jue.
"Tak payah tanya bila abang free. just set the date, then i'll go. inform abang awal-awal, senang nak book the date. takut bertindih dengan jadual abang."
"Ok, sure. i'll will. Jue call dia sekarang k."
Adam tersenyum lebar.
"Amboi, happynya dia. sukalah tu."
Adam tergelak kecil.
"Good nite my dear sis. love you." Adam mencium dahi Juliana sebelum menarik selimut. dia memang betul-betul mengantuk saat ini. seharian dia berkejar ke sana ke mari. dia perlu tidur awal untuk bangun keesokan hari.
"Good nite. love you too." Juliana tersenyum. dia berjalan keluar dari bilik abangnya.
Adam tersenyum. semoga Juliya hadir dalam mimpinya nanti. Zzzzzz..
BERSAMBUNG..
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment