Saturday, January 12, 2013

Short Story : Kasih Juliya bhg 2


3 tahun kemudian..

"Cik Sarah, kita nak ke mana sekarang?" tanya Pakcik Bakar.

Sarah yang sedang bermain henset di seat belakang mengangkat muka. spec mata hitam di bukanya.

"Saya cakap tadi nak pergi mana, pakcik Bakar?" Perli Sarah.

"Tapi tadi Cik Sarah kata tak jadi. jadi sekarang ni jadi ke tak jadi nak pergi sana?" tanya pakcik Bakar sambil mencari wajah anak majikannya dari cermin pandang belakang.

"Hishhh! bila masa saya kata tak jadi!! saya nak pergi sanakan tadi. bawak saya pergi sana!" marah Sarah. dia tahu dia ada mengatakan yang dia tidak jadi ingin ke shopping mall, tetapi dia tidak mahu mengaku kesalahannya.

Kedengaran Samsung Note II nya berbunyi. dia melihat screen handphonenya. "Ayah.." segera dia menjawab.

"Ye, ayah. ada apa?" tanya Sarah malas.

"Sarah kat mana ni daripada tadi tak balik-balik. tadi ayah tanya staf kita, mereka cakap kamu daripada lunch hour tadi tak balik office lagi. apa nak jadi dengan kamu ni, Sarah. balik sekarang. ayah nak suruh pakcik Bakar amik adik kamu kejap lagi kat airport."

Baru dia ingin membalas kata-kata ayahnya, dia di kejutkan dengan berita mengenai kepulangan adiknya, Juliya. membulat matanya.

"Juliya balik hari ni? betul ke ayah?" tanya Sarah inginkan kepastian. masam mencuka wajahnya.

"Ye, adik kamu nak balik hari ni. kenapa? bunyi macam tak suka je adik kamu balik?"

"Eh, takdelah. Sarah happy je ni. pukul berapa flight Juliya?"

"4pm nanti. kenapa?"

"Hmm. takpelah, sekarang dah pukul 3.30. alang-alang tu biar Sarah ikut pakcik Bakar jelah jemput adik dekat airport. bolehkan?" sengaja dia memberi alasan ingin menjemput adiknya padahal itu cuma alasan untuk tidak masuk ke office. sakit kepalanya dengan kerja-kerja yang bertimbun. semuanya di hadapkan kepadanya. alang-alang pergi ke airport, apa kata aku cuci mata tengok baju-baju di sana. sambil tu cuci mata cari balak baru. faruk? say goodbye to him.

"Hmm. yelah. dah ambik Yayang nanti terus balik. jangan nak melencong tempat lain pulak. mama kamu tu dah siap masak bagai untuk sambut adik kamu tu."

"Iyeee, Sarah taulah." Ayah ni macam tau-tau je niat aku nak melencong tempat lain. hmmm. Semuanya gara-gara Juliya. dia takde 3 tahun ni, aman hidup aku. dia balik je nak menyusahkan aku. hishhh! geramnyaa!

"Cik Sarah, nak amik Cik Juliya kat airport ke?" tanya pakcik Bakar.

"Ye!! tak dengar ke perbualan saya dengan ayah tadi. dah tau lagi mau tanya. pergi airport sekarang." arah Sarah.

Pakcik Bakar menggelengkan kepala. kerjanya nak mengarah je anak perempuan Datuk Osman ni. untung Datuk Osman dengan Datin Zubaidah tu baik orangnya. kalau tidak memang dah lama aku berhenti kerja. tak tahan dengan sikap anak sulung mereka yang kuku besi ini. entah perangai siapa yang di ikutnya pun dia tidak tahu.


Keadaan di airport Kuala Lumpur sangat sesak dengan para penumpang yang baru tiba dan yang mahu berangkat. Sarah melihat jam di tangannya. pukul 4.05pm. sepatutnya dah sampai dah ni. tapi tak nampak batang hidung pun si Juliya ni. suka menyusahkan hidup aku. nak kena tunggu dia berapa lama lagi ni. naik kematu kaki aku berdiri. nak duduk, kerusi penuh.

"Excuse me, excuse me. opss! sorry, sorry." seorang lelaki telah terlanggar bahu Sarah sehingga menyebabkan beg tangannya terjatuh.

"Arghhh! damn! what the..." Sarah mahu marah tapi apabila melihat lelaki di hadapannya membuatkan lidahnya jadi kelu. oh my God! hensemnya mamat ni. omputeh ke hapa ni. badan plak, maskulin habis.

"Err, are you ok? helloooo.. i'm talking to you." lelaki itu melambai-lambaikan tangannya apabila melihat Sarah seolah-olah terpaku.

"Oh, sorry. yes yes. i'm ok. i'm ok." jawab Sarah gugup.

pakcik Bakar di sebelah hanya diam memandang tanpa bersuara. 'pantang nampak lelaki semat, semat sikit. mulalah dia nak menggedik. haihh.'

"No. it's my fault. no need to apologize. I terburu-buru tadi. Adik I balik daripada England hari ni. so, excited nak jumpa dia. sorry again." Lelaki itu masih ingin berbual dengannya. Sarah terkejut. lahh, boleh cakap melayu rupanya mamat ni. ingat omputeh tadi.

"Ouh. I see. I pun tengah tunggu adik I. dia pun dari England. baru habis belajar. maybe our adik dalam flight yang sama. adik you lelaki ke perempuan?" tanya Sarah.

"Oh, really? maybe, boleh jadi mereka satu flight. adik I perempuan. she's the only sister i have." jawab lelaki itu.

"Oh, same with me. she's also the only sis i have. rasa tak sabar nak jumpa dia. dah 3 tahun tak jumpakan." bohong Sarah sambil tergelak kecil.

Pakcik Bakar menjeling. bukan kau ke yang paling tak suka nak jumpa dia. tiba-tiba pulak nak cakap macam tu. memang boleh jadi pelakonlah kau ni.

"Wow, banyaknya persamaan. by the way, what's your name? daripada tadi berbual tapi tak perkenalkan diri pun."

"Oh, yeahh. I pun lupa. nama I Sarah. Sarah binti Datuk Osman. You?" sengaja dia kuatkan perkataan 'Datuk' untuk gelaran ayahnya itu, biar terbuka sikit mata lelaki hensem di hadapannya ini.

"Ohh. I see. Nice name. ok, just call me Adam." mereka berjabat tangan.

"Oh, nice name. tapi, Adam je ke? pendeknya nama macam nama I. macam ada jodoh je kita nikan." Sarah tergelak kecil.

"Oh tak. nama penuh I, Adam Haikal. ramai kawan panggil I Adam." Adam tersenyum.

"Ohh. I see." dia tak support pun apa yang aku cakap tadi. malunyaaaa

"Er, can I ask you something?" tanya Sarah lagi.

Adam yang sedang memandang sekeliling mencari kelibat adiknya berpaling.

"Yes, sure. what?" jawab Adam.

"You ada mixed blood ke? muka tak nampak macam melayu pun."

"Ohhh. hahaha. haah. my dad from UK. my mom dulu stewardess. dorang kenal kat sana and then fall in love. then get married."

"Ohh. ur dad mesti hensem macam you kan."

Adam tergelak lagi.

"You ni ada-ada je. yeah, my dad memang hensem. tak di nafikan." Adam tersenyum lebar.

Ahh! hensemnya dia senyum. cairrrrr.

"Maaf, Cik Sarah. saya rasa itu Cik Juliya." Pakcik Bakar menyampuk.

"Mana?" tanya Sarah.

"Tuuu." pakcik Bakar menunjuk kearah Juliya dan seorang perempuan di sebelahnya. mereka sedang berbual mesra sambil mata melilau mencari sesuatu.

Pantas pakcik Bakar mendapatkan Juliya.

"Cik Juliya. sini." tangan pakcik Bakar melambai ke arah Juliya. Juliya tersenyum.

Sarah merengus perlahan. bertambah jemburu apabila melihat wajah adiknya itu semakin cantik dan kulit pula putih licin tanpa sebutir jerawat. apabila adiknya menghampirinya, dia berpura-pura tersenyum kerana ada Adam di sebelahnya.

"Kak Sarah, how are you? lama tak jumpa akak. Juliya rindu akak." Juliya menyalami tangan Sarah dan memeluknya erat.

"Ye, sayang. i'm fine. i miss you too." kau ingat aku nak sangat peluk kau macam ni. siap nak bersayang, miss you bagai dengan kau. mujur ada Adam kat sebelah, kalau tak tak kuasa aku nak layan kau macam ni.

"My big brother. i miss you a lot. kenapa dah lama tak jenguk Jue kat sana? mummy dengan daddy je rajin jenguk Jue. sampai hati abang." kedengaran suara seorang perempuan menegur Adam.

"Hey, my lil sister. i miss you too darl. sorrylah, abang busy sangat. Jue tau jelah, daddy nak pergi jenguk Jue kat sana kena ada yang handle kat sini. so, daddy suruh abang yang handle. macammana abang nak jenguk. abang pun banyak kena pergi outstationlah sayang. sorry ok."

"Yelah tu. Eh, Juliya. ingatkan kau dah balik dah. tak perasan kau kat sini. is that your sis?" tanya Juliana. mereka berkawan rapat sejak di semestar satu lagi di England. kebetulan, nama mereka sama. Juliya dan Juliana. ramai yang mengatakan mereka kembar kerana bentuk muka, kulit muka, tinggi dan bentuk tubuh yang lebih kurang sama.

"Haah. my sister that I told you before. cantikkan dia?" jawab Juliya sambil tersenyum.

"Yess. she's very pretty." Juliana memuji.

"Ouh. thank you darling. you cantik jugak." Sarah tersenyum malu.

Juliana tersenyum. dia kemudian berbisik di telinga Juliya.

"But kau 10 kali ganda lebih cantik daripada dia. seriously." Juliya tersenyum nipis.

"Tak sangka pulak adik you dengan adik I berkawan rapat." Adam mennyampuk. Sarah tersenyum. semakin mudah untuk dia mendekati Adam dengan bantuan adiknya Juliya.

"Tulahkan. I pun tak sangka. baru I cakap tadi diorang mungkin satu flight yang sama. tup -tup tengok buka setakat satu flight, kawan rapat lagi." Sarah tergelak kecil.

Adam tersenyum.

"Your name is Juliya, right? how old are you?" tanya Adam.

Juliya terdiam seketika. hensemnya abang Jue ni. tak berkelip mata tengok.

"Err. yup. almost 22. why?" tanya Juliya pula.

"Saja tanya. takdelah jauh beza sangat. saya 25." Adam menjawab. sejak dari tadi dia memerhatikan wajah Juliya. Juliya begitu menarik perhatiannya. bukan dia sahaja, Juliya dan juga adiknya begitu menarik perhatian pemuda-pemuda yang berada di airport ini.

"Ehemmm! abang jangan cakap nak usha kawan baik Jue pulak eh. dia kawan Jue tau, sekali lagi nak tekan,
kawan Jue."

"Eh, mana ada. abang saja je tanya umur dia. tu pun tak boleh. eleh." Adam menarik hujung rambut adiknya sedikit. suka sangat malukan abangnya yang sorang ni.

"Ishh. apa main tarik-tarik rambut orang ni. rambut baru buat ni tau before balik sini. rosak nanti." Jue membetul-betulkan rambut panjangnya.

"Cik Sarah, Cik Juliya. rasanya kita dah lama kat sini. boleh kita gerak sekarang? takut Datuk dengan Datin tunggu kat rumah."

Sarah menahan perasaan melihat mata Adam asyik melirik ke arah Juliya. semakin tidak senang hatinya apabila Adam bertanyakan umur adiknya. dia mesti bertindak awal sebelum Adam jatuh ke tangan Juliya. tidak sama sekali.

"Oklah, Adam. kami gerak dululah. Mama dengan ayah kami dah tunggu kat rumah nak makan sama dengan adik I ni. mereka pun mesti dah penat naik flight daripada semalamkan."

"Oh, haah. yelah. ada masa boleh jumpa lagi. ok bye."

"Bye Juliya. nanti aku call kau ok." ujar Juliana.

"Ok, ok. bubye. take care." Juliya membalas sambil tersenyum manis. matanya sempat menangkap pandangan abang Jue ke arahnya. Adam tersenyum dan mengenyitkan mata secara senyap-senyap ke arah Juliya. Juliya mengetap bibir. sabarlah wahai hati.

Baru Adam dan Juliana mahu gerak keluar, Sarah memanggilnya.

"Yes?" jawab Adam.

"Do you have name card? ada apa-apa senang, boleh contactkan." tanya Sarah berharap.

"Oh, ada ada. wait a minute." Adam berat untuk memberi name card kepada Sarah sebab dia tahu Sarah seperti wanita-wanita lain yang sering mengganggu kehidupan hariannya. dia dapat rasakan bahawa Sarah seorang yang social melihat cara dress upnya. berbaju kemeja berlengan pendek dengan skirt hitam pendek paras paha. darpada officenya mungkin.

"Ok, this is my card. kalau ada apa-apa hal penting call lah ye. Mintak diri dulu cik Sarah." Adam segera meminta diri. dia menarik tangan adiknya. tangan sebelahnya menolak troli bagasi milik adiknya.

Sarah tersenyum puas setelah mendapat name card itu. dia pasti akan mendapatkan Adam.


"Yayang! ahh, rindunya mama dekat anak mama sorang ni. kenapa lambat sangat sampai rumah? kata sampai pukul 4. ni dah pukul 5 lebih baru sampai. risau mama. mama call Sarah tadi tak berangkat, call Pakcik Bakar pun tak berangkat." Datin Zubaidah memeluk dan mencium Juliya.

"Handphone tertinggal dalam kereta tadi. lagipun tadi terjumpa kawan kat airport. jalan jammed lagi." Sarah memberi alasan.

"Maaf, Datin. saya tak perasan Datin call. kat sana bising sangat." ujar pakcik Bakar.

"Tak apa pakcik Bakar. mereka dah sampai pun dah kira bersyukur."

"Mana ayah, ma?" tanya Juliya.

"Ayah tak balik lagi. ayah call tadi cakap ada meeting. pukul 6 nanti baru ayah balik. kita tunggu ayah balik ye. makan sama-sama. rindu kat anak mama sorang ni. pergi mandi dulu. lepas tu turun bawah ok sayang."

"Ok, ma."

Sarah membuat muka selamba. dia bergegas ke ruang tamu. dia tahu sekejap lagi pasti mamanya akan memberi ceramah free padanya. malas dia mahu mendengar bebelan mamanya lagi. pantang dia ada depan mata, semuanya salah di mata mamanya.


BERSAMBUNG..


No comments:

Post a Comment