Friday, January 11, 2013

Short Story: Kasih Juliya Bhg 1


20 tahun yang lalu...

"Abang, dah 3 tahun kita kahwin. kenapa kita masih tak dapat anak?" tanya Zubaidah pada suatu hari.

"Sabarlah. belum ada rezeki lagi. kita jangan putus asa ok." pujuk Osman. dia memeluk isteri yang di sayanginya itu. sudah 3 tahun mereka berkahwin, tetapi sehingga sekarang mereka belum di kurniakan cahaya mata yang sangat di inginkan oleh mereka. bermacam cara di lakukan sehingga mereka berjumpa dengan doktor. doktor mengatakan mereka berdua tiada masalah untuk mendapatkan anak. mungkin Allah 
SWT belum ingin memberi rezeki kepada mereka.

"Tapi saya bosan. dah 3 tahun, bang. abang selalu tak ada di rumah. keluar awal pagi, balik malam. saya tinggal sorang-sorang." keluh Zubaidah. terasa hati dengan sikap si suami yang seolah tidak mengerti perasaannya yang kesunyian.

Osman mengeluh.

"Nak buat macammana sayang. abangkan kerja. untuk masa depan kita dan bakal anak-anak kita jugak. tulah, saya nak amik orang gaji awak tak nak. sekurang-kurangnya tak adalah awak bosan, sunyi kat rumah ni."

"Ah, abang cakap senanglah. anak pun tak ada, nak cakap pasal masa depan anak-anak pulak. saya boleh buat semua kerja kat dalam rumah ni. kalau abang amik orang gaji, saya nak buat apa je? takkan nak duduk goyang kaki. bertambah bosan saya. saya nak kerja abang tak bagi." rungut Zubaidah.

"Abang cakap 'bakal' anak-anak. tak lama lagi adalah ni. rezeki je tak sampai lagi. Allah tengah uji kita sekarang ni. jangan nak mengeluh. abang tak sukalah awak mengeluh macam ni. Allah tahu apa yang Dia buat. abang masih boleh tanggung nafkah awak. so, tak payah nak kerja. duduk rumah je." bebel Osman.

Memuncung bibir Zubaidah.

"Sudahlah tu. abang tak suka kita berbalah pasal benda macam ni. awak suka ke kita berbalah macam ni?"

Zubaidah menggelengkan kepala. tunduk.

"Tau pun tak suka. abang pun tak suka. pasal benda ni kita boleh jadi gaduh tau tak. bila jadi macam ni, abang termarah awak, awak pulak nak terasa hati dengan abang."

"Ye, saya tau salah saya. saya mintak maaf ye, abang. saya tak terniat pun nak buat abang marah. saya cuma bosan je. abang selalu tak ada kat rumah. saya sunyi sorang-sorang dalam rumah ni."

"Ye, abang tau. sebab tu abang selalu balik seawal yang boleh. workshop kereta tu abang punya, takkan nak tinggalkan macam tu je kat pekerja. abang baru bukakan. nanti apa kata pekerja abang. abang suruh awak datang tolong kat office abang, awak tak nak."

"Ish! tak naklah saya. pekerja abang tu semuanya lelaki. dengan bunyi bising, bau minyak saya tak naklah."

Osman tergelak. dia mencium dahi isterinya.

"Bukan abang suruh awak buat kerja dengan diorang. abang suruh awak duduk dalam office je, ada aircond lagikan. tak adalah merungut sunyilah, bosanlah. dapat jugak jumpa abang ni haa."

"Sekali sekala datang bolehlah. kalau selalu memang tak. saya tengok pekerja abang tu boleh tahan gatal. tengok perempuan atas bawah. seramlah."

Osman tergelak lagi.

"Yelah, dah namanya lelakikan. gatal tu mesti ada. lagipun isteri abang ni cantik, ayu, comel. sebab tu pekerja-pekerja abang tu tengok awak." Osman mencubit pipi isterinya perlahan. 

Zubaidah tergelak manja.

"Abang ni, mengada. abang..."

"Ye sayang."

"Saya dah lama pikir pasal benda ni. tapi saya takut abang tak setuju."

Osman mengerutkan dahi.

"Apa dia?"

"Apa kata kalau kita amik anak angkat. Saya dengar dekat Sri Kenanga tu ada anak baru lahir. mereka jumpa anak tu dekat tepi semak. anak tu comel sangat, bang. kita amik ye."

Osman terdiam lama.

"Abang, kenapa diam? bolehlah ye? kalau kita amik anak tu jadi anak kita, saya dah tak bosan lagi. abang pun tak perlu nak dengar rungutan saya lagikan." pujuk Zubaidah.

"Awak dah tengok ke anak tu?" tanya Osman.

Zubaidah tersenyum.

"Dah. hari tu saya ke sana nak melawat kawan lama saya dan kebetulan kawan saya tu dukung bayi tu. saya rasa dah jatuh hati pada raut muka bayi tu. bolehlah ye, bang?"

Osman mengeluh panjang.

"Abang...."

"Kalau itu yang buat isteri abang ni happy, abang benarkan. tapi..."

"Tapi apa?" tanya Zubaidah pantas. berseri wajahnya saat mendengar si suami mengizinkannya mengambil anak itu sebagai anak mereka.

"Dah ada anak nanti jangan pulak lupakan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri. jangan nak syok sangat dengan anak tu sampai abang terbiar. kalau sampai jadi macam tu, abang pulangkan balik anak tu ke sana semula." ujar Osman. saja mahu mengingatkan si isteri tentang tanggungjawabnya.

Zubaidah tersenyum lebar.

"Ye, saya janji. saya jaga abang dengan anak kita nanti elok-elok. terima kasih abang. saya sayang abang sangat-sangat." Zubaidah memeluk erat tubuh si suami.

Osman tergelak besar melihat gelagat isterinya.


17 tahun kemudian...

"Juliya!!!" terdengar jeritan daripada tingkat bawah.

Juliya yang sedang baring membaca novel di biliknya bergegas turun ke bawah.

"Ada apa kak?" tanya Juliya cemas.

"Heiii, aku suruh kau basuhkan baju kerja aku kan? kenapa kau tak buat?" marah Sarah.

"Errr.. tadi pagi Juliya nak buat, tapi Mak Som kata tak payah. dia nak tolong basuhkan." tergagap Juliya menjawab. paham sangat dengan kerenah kakaknya itu. jika apa yang di suruh tidak di laksanakan, dia akan mengamuk sakan.

"Aku suruh engkaukan? yang kau sibuk suruh orang tua tu buat, buat apa? kau bukan buat apa pun hari ni. macam aku tak tau, engkau sedap-sedap baca novel kat atas tu. sekarang ni baju aku mahal aku ni dah koyak. aku dah pesankan baju ni tak boleh basuh pakai mesin. kena pakai tangan! siapa nak ganti ni?"

"Errr.. Juliya lupa nak pesan kat Mak Som, kak Sarah. Juliya mintak maaf." Juliya menunduk. takut dengan amukan kakaknya itu.

"Huh! kau ni satu apa pun tak boleh di harap. tau nak menghabiskan duit mama dengan ayah je. dahlah, tepilah! semak aku tengok muka kau. dari kecik sampai besar menyusahkan aku." Sarah menolak tubuh Juliya sehingga Juliya jatuh.

"Aduhh!"

Sarah berpaling ke sisi. terkejut melihat adiknya jatuh tersungkur akibat tolakan kuatnya tadi. seketika dia tersenyum semula. 

"Padan muka!" Sarah berlalu ke tingkat atas.

"Cik Juliya tak apa-apa?" tanya Mak Som. dia menolong Juliya bangun dan membawanya ke sofa di ruang tamu. Juliya tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Mak Som mintak maaf, Cik Juliya. Mak Som tak sangka pulak baju tu sensitif. tak boleh basuh pakai mesin basuh. Bila Mak Som keluarkan daripada mesin tadi, baju tu dah koyak." Mak Som memegang tangan Juliya. bersungguh dia meminta maaf. di sebabkan dia, anak majikannya yang sorang ini di marahi oleh kakaknya.

"Tak apa Mak Som. Mak Som tak salah pun. saya yang salah sebab lupa nak pesan kat Mak Som tadi. Saya ok je ni. lagipun dah biasa kena marah dengan kak Sarah tu. telinga dah lali dah." Juliya tersenyum.

Mak Som tersenyum.

"Cik Juliya ni penyabar orangnya. Mak Som selalu nampak Cik Sarah marah Cik Juliya. tapi Cik Juliya tak pernah nak menjawab apalagi marah. kadang-kadang Mak Som jadi geram dengan Cik Juliya. kenapa Cik Juliya tak marah je Cik Sarah tu balik. kalau Mak Somlah, memang habis budak tu kena ganyang." ujar Mak Som sambil mengepal-ngepal penumbuk. 

Juliya tergelak kecil.

"Saya tak suka marah, Mak Som. lagipun Kak Sarah tu kakak saya. saya yang salah tadi. dia pesan pagi tadi suruh basuhkan baju tu sebab dia nak guna. tapi saya pass kerja tu kat Mak Som pulak. pulak tu lupa nak pesan tak boleh basuh pakai mesin sampai baju tu koyak. kalau saya pun, saya marah. baju mahal saya koyak." Juliya mengeluh perlahan.

"Ye, Mak Som tau tu. tapi cara dia marah tu melampau sangat. boleh jekan dia nak perlahankan sikit suara dia tu. family Cik Juliya kan kaya. setakat satu baju macam tu, sepuluh boleh dapat yang baru. lagilah Cik Sarah tu kaki Shopping. paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mak Som tengok dia lagi banyak habiskan duit Datuk dan Datin." bebel Mak Som.

Juliya tersenyum.

"Takpelah, Mak Som. selagi saya boleh bersabar, saya sabar. saya cuma terasa je dengan kata-kata kak Sarah tadi. kenapa dia cakap saya selalu susahkan dia? saya nak kerja tapi ayah dengan mama yang tak bagi. mereka cakap saya bawah umur lagi. saya bosan jugak duduk kat rumah je." keluh Juliya.

"Hmm. memang betul pun apa yang Datuk dan Datin cakap tu. Juliyakan baru habis SPM. rehatlah dulu kat rumah ni. lepas ni nak sambung belajarkan. nanti dah tak boleh nak rehat-rehat lagi. sambil tu boleh temankan Mak Som kat rumah ni. Mak Som pun bosan. rumah ni besar sangat."

"Alah, Mak Somkan ada suami Mak Som, Pakcik Bakar kat sini. apa nak bosannya. hari-hari boleh ajak berbual. Juliya ni ha terperap je kat rumah ni. nak keluar dengan kawan, kena berhantar berjemput dengan Pakcik Bakar. Juliya rimaslah."

Mak Som tersenyum. Juliya memang berlainan dengan Sarah. Juliya tak suka di hantar dan di jemput tetapi Sarah pula suka mengarah ke sana ke mari. nak shopping sendiri pun nak berhantar berjemput. padahal kereta sendiri ada.

"Takpelah, tu maknanya Datuk dengan Datin ambil berat pasal Cik Juliya. sayang Cik Juliya. walaupun mereka tak ada kat rumah, keselamatan anak-anak tetap di ambil tau. kan selamat kalau ada pakcik." pujuk Mak Som.

Juliya diam sahaja.

"Sudahlah, jangan fikir lagi. jom, tolong Mak Som hidangkan makanan kat meja makan. kejap lagi ayah dengan mama Cik Juliya balik makan."

Juliya mengangguk dan bangun mengikut Mak Som ke dapur.


"Ishhh! geramnya aku dengan Juliya nilah. habis baju kesayangan aku koyak. tak boleh di harap langsung. bukannya buat apa pun kat rumah. goyang kaki, baca novel, tengok tv. tulah kerjanya. ayah dengan mama pun manjakan sangat dia tu. sampai naik lemak. benci! benci! benci!" Sarah mencampak baju yang koyak itu ke lantai. dia duduk di hujung katil. wajahnya merah menahan marah dan benci. sejak dari kecil, ayah dan mama selalu memihak kepada Juliya. mainan yang Juliya dapat semuanya lebih besar dan mahal daripadanya. Juliya juga seorang yang pintar, cerdik. ayah dan mama selalu memuji Juliya di hadapannya. Juliya itu, Juliya ini. Juliya selalu di bawa melancong ke luar negara sedangkan dia hanya sesekali sahaja. selainnya hanya melancong di dalam negara. dia hanya merasa puas apabila permintaannya untuk menyambung pelajarannya di Scotland tercapai. pulang ke Malaysia, dia semakin benci dengan Juliya kerana wajahnya semakin cantik dan putih seperti mama. dia akui ramai yang tertarik dengan kecantikannya, tetapi apabila berjalan dengan Juliya, ramai mata memandang ke arah adiknya berbanding dirinya. dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa Juliya lebih cantik berbanding dirinya.

Dia menghempaskan tubuhnya ke katil king kepunyaannya. terasa keenakan berbaring di atas katilnya itu. di sebabkan itulah dia tidak pernah rajin bangun subuh apabila di kejutkan oleh mamanya. apabila mamanya mengetuk pintu untuk mengejutnya bangun subuh, dia akan menyahut dengan berkata, "Ye, nak bangunlah ni." lepas tu sambung tidur balik. mama tak pernah tahu hal yang satu ini. dia tergelak kecil kerana berjaya memperbodohkan mamanya itu.

"Ah, baik aku tidur dulu. malam nanti nak keluar dengan Faruk. malam nanti jelah pilih baju." Sarah merangkak menuju ke bantalnya berada dan segera menarik selimut. Zzzzzzz..


"Sarah, bangun. dah pukul berapa ni tak bangun-bangun lagi." Datin Zubaidah menggerakkan tubuh Sarah.

Sarah mendengus kasar.

"Jangan kacaulah, orang nak tidur ni."

"Hey, bangun. dah pukul 8 dah. Maghrib kamu mana Sarah? bangun solat cepat." arah Datin Zubaidah. tangannya menarik tangan Sarah untuk bangun.

Ishh. kacaulah mama ni. eh! mama sebut pukul berapa tadi? membulat matanya.

"Ma, pukul berapa sekarang?" tanyanya cemas.

"Pukul 8 malam. dah kenapa pulak tiba-tiba tanya pasal jam. tadi bukan main malas nak bangun." bebel Datin Zubaidah.

"Hah! pukul 8? habislah, Sarah dah lambat ni." bergegas Sarah turun dar katil.

"Hah, tau pun dah lambat. pergi solat cepat."

"Bukan tulah mama. Sarah ada dinner malam ni dengan kawan. janji pukul 8.30. Sarah dah lambat." kelam kabut dia mencapai tuala di tempat penyidai tuala.

"Hei, itu pulak di kejarnya. kejar Maghrib kamu tu dulu. dah nak masuk Isyak dah ni." marah Datin Zubaidah.

"Alah, mama ni bisinglah. taulah Sarah nak solat." gedeganggg! pintu bilik air di tutup kuat.

Terkejut Datin Zubaidah. dia menggeleng-geleng kepala. apa nak jadi dengan anaknya yang sorang ni. makin besar, makin teruk perangainya. berbeza dengan Juliya yang mendengar kata dan lembut hatinya sehinggakan sesiapa yang memandang terasa jatuh sayang kepadanya.

"Jangan lupa solat sebelum keluar." pesan Datin Zubaidah sebelum keluar daripada bilik anaknya itu.

"Iyeee!" sahut Sarah dari dalam bilik air.



"Mana anak awak yang sorang tu? tak nampak batang hidung pun satu hari ni. ajak dia makan malam sekali nanti. tak di jemput, memang tak turunlah daripada bilik tu." tegur Datuk Osman di ruang tamu.

"Ada kat atas tu. baru bangun tidur. kelam kabut bersiap nak keluar dinner dengan kawan dia kejap lagi. berapa banyak kawan dia ada, tak tahulah." Datin Zubaidah duduk di sebelah suaminya.

"Nak keluar? kawan yang mana pulak. perempuan ke lelaki?" tanya Datuk Osman.

"Entahlah. Sarah tu bukan boleh di tanya lebih-lebih, di marahnya kita balik. tadi, Mak Som mengadu kat saya, Sarah marah Yayang sebab baju kesayangan dia koyak. di tolaknya Yayang sampai jatuh tersungkur. makin teruk perangai dia sekarang ni. saya pun tak tau nak nasihat macammana lagi dah."

"Marah sebab baju koyak? apa punya perangai dia ni. Yayang koyakkan baju dia ke sampai nak tolak-tolak tu."

"Takdelah, Mak Som cakap si Sarah tu dah pesan dekat yayang suruh basuhkan baju dia tu. dia nak pakai malam kang. tapi bila Yayang nak buat, Mak Som tak bagi. biar dia yang buat dia cakap. tak taulah pulak baju tu tak boleh basuh pakai mesin basuh. si Yayang pulak lupa nak pesan kat Mak Som. mengamoklah si Sarah tu tengok baju dia koyak."

"Allah. setakat baju koyak nak marah-marah. apa miskin sangat ke kita ni tak boleh belikan baju lain untuk dia. yang dia nak suruh si Juliya basuhkan kenapa. kan baju dia. kenapa nak suruh adiknya yang basuhkan. haih. tak paham abang dengan si Sarah ni. di biarkan makin menjadi-jadi perangai dia tu."

"Saya pun tak tau nak cakap apa. abang jelah yang pergi nasihatkan dia pulak. cakap saya tak di endahkannya. berbuih dah mulut saya ni dok pot pet pot pet."

"Datuk, Datin. makan malam dah siap di sediakan." Ujar Mak Som.

Datuk Osman dan Datin Zubaidah menoleh memandang Mak Som.

"Ha, yelah. jom kita makan. Yayang mana Mak Som?" tanya Datuk Osman.

"Ada kat dapur, tengah masak ayam goreng, Datuk." jawab Mak Som.

"Hmm. anak dara awak tu memang tak boleh tinggal langsung ayam goreng dia tu. sampai pipi pun dah naik tembam asik makan ayam, ayam, ayam." ujar Datuk Osman sambil tersenyum.

Datin Zubaidah dan Mak Som tergelak kecil.

"Biarlah dia. dia makan banyak mana pun, badan dia still maintain kurus. pipi je yang makin tembam. asalkan senang hati, happy sudahlah."

Datuk Osman tersenyum.

"Iyelah, dengan anak awak sorang tu semua biarkan. manjakan sangat Yayang tu."

"Eh, cakap saya, abang pun sama jugak. sejak kecil lagi mengusung anak saya tu ke hulu ke hilir. dah besar panjang ni pun abang still manjakan anak saya tu lagi. taulah anak saya tu comel, cantik macam sayakan."

Datuk Osman tergelak besar. Mak Som tersenyum sahaja.

"Sudahlah, malu abang dengan Mak Som. marilah kita ke ruang makan. Mak Som, cuba tengok-tengok si Yayang tu. kang ada jugak ayam goreng tu hangus kejap lagi. panggil dia ke ruang makan ye."

"Baik Datuk."


Sarah turun dari tingkat atas dengan muka mencuka. selamba sahaja dia berjalan ke pintu utama.

"Sarah. kamu nak kemana tu? kenapa tak makan kat rumah je?" tanya Datuk Osman.

"Sarah nak keluar dengan kawan. balik lambat. tak payah tunggu Sarahlah." Sarah menjawab sambil meneruskan langkah.

"Sarah, apa cakap macam tu dengan ayah. tak hormat ayah langsung tau. dahlah pergi tak cakap apa-apa. salam pun tidak. apa nak jadi dengan Sarah ni." marah Datin Zubaidah.

"Sudahlah, Sarah dah lambat ni. Sarah pergi dulu." bentak Sarah. Pintu utama di buka dan kemudian di hempas kuat. berdemtum kuat pintu itu akibat di hempas oleh Sarah.

Mengucap Datuk Osman, Datin Zubaidah dan Mak Som melihat kelakuan Sarah itu.

"Ayah, mama, Mak Som. apa yang bunyi berdentum tadi?" tanya Juliya yang datang dari dapur.

"Kak Sarah kamu tulah. perangai makin teruk sekarang ni. ingat orang dalam ni tunggul kayu ke apa. sesuka hati keluar sampai lewat malam. esok nak kerja dah terlewat." bebel Datin Zubaidah.

"Sudahlah, biarlah dia tu. mari kita makan. lauk dah sejuk nanti tak sedap." Datuk Osman meleraikan suasana tegang itu.

Mereka semua berlalu ke dapur. Datuk Osman menoleh ke pintu. 'apakah aku perlu memberitahu hal yang sebenarnya kepada Sarah dan Juliya.hmm..' 

"Abang.." panggil Datin Zubaidah.

"Ye, ye. abang datang ni." Datuk Osman melangkah menuju ke ruang makan bersama isterinya.


"Ahh! geramnyaaaa!!!" bentak Sarah.

"U kenapa Sarah? tetiba nak mengamuk." tanya Faruk. masuk-masuk kereta nak mengamuk. pening kepala aku dengan minah ni.

"U diamlah. I tengah bengang dengan ayah dengan mama I ni."

"Apa yang dorang dah buat kat U ni sampai U marah sampai macam ni sekali. kita nak dinner ni, janganlah rosakkan mood I."

"U pikir mood U je. I ni haa, sakit hati tengok diorang. mama dengan ayah I tu manjakan sangat adik I, Juliya tu. geram I tau. tadi masa I nak turun tangga, I dengar bukan main lagi diorang dok puji-puji, cakap anak kesayanganlah apalah. time I takde pulak nak puji melambung-lambung. eiii, sakitnya hati ni!!!" marah Sarah.

Faruk tersengih.

"Macammana diorang nak puji U kalau tau perangai U macam ni. panas baran. tau nak marah je. cuba buat bersabar sikit. berlembut hati dengan diorang. ambil hati diorang. takdelah jadi sampai macam ni. lagipun I tengok U ni jeles terlebih, tak bertempat. I tengok adik U tu memang cantik, hormat orang tua, pan..."

"U diam!!! jangan nak naikkan kemarahan I lagi eh. U tak payah nak ajar I. I tau apa yang I buat. U pun sama macam diorang. tak habis-habis dok puji perempuan tu. entah apa yang cantik, baik tak taulah." Sarah memeluk tubuh. geram, marah, benci semua menjadi satu.

"Alah, U ni. chilllah. tak payah nak emo sangat boleh? I cuma cakap je. U pun apa kurangnya. cantik jugak. sebab tu I suka kat U." Faruk tersenyum gatal sambil meletakkan tangannya di atas paha gebu Sarah yang terdedah itu. melihat tiada tindak balas negatif daripada Sarah, dia mula melarikan tangannya ke pangkal paha dan.. opss! tangannya di tepuk kuat oleh Sarah.

"Jangan nak main gila kat sini eh. ayah I nampak nanti mati I. dahlah, cepat jalan. I dah lapar dah ni." masam muka Sarah.

Faruk kecewa. dia tersenyum terpaksa.

"Ok, maddam." sengaja di tebalkan huruf D itu untuk menutup kekecewaannya.


4 bulan kemudian..

"Ayah, mama. tengok ni apa yang Yayang dapat." Juliya melaung memanggil ayah dan mamanya yang sedang bersantai di tepi kolam renang di halaman belakang rumahnya. 

"Apa dia Yayang?" tanya Datin Zubaidah.

Juliya berlari mendapatkan mama dan ayahnya. tercungap-cungap Juliya apabila sampai ke kolam renang.

"Ya Allah, Yayang. macam budak kecik jelah. kan dah tercungap-cungap." Datin Zubaidah bangun dan mengusap belakang anak bongsu kesayangannya itu.

Juliya tersengih.

"Ada apa ni Yayang?" tanya Datuk Osman pula.

"Heh. Yayang dapat tawaran sambung belajar ke England, ayah, mama. course engineering. Yayang nak pergi, ayah, mama." Juliya duduk di bangku bersebelahan dengan mamanya.

"Jauh tu sayang. kenapa tak apply kat dalam Malaysia je? senang ayah dengan mama jenguk-jenguk nanti." tanya Datin Zubaidah.

"Alah, Yayang nak ikut macam Kak Sarah, study kat oversea. that's whylah Yayang apply kat sana. boleh eh ayah, ma."

Datin Zubaidah memandang suaminya. berat rasa hati ingin membenarkan anak kesayangannya ini jauh daripadanya. setakat di dalam Malaysia, dia masih boleh lagi menjenguk anaknya, tetapi jika sudah ke Oversea susahlah dia hendak terbang ke sana.

"Abang..." Datin Zubaidah memanggil suaminya apabila di lihat suaminya hanya diam tanpa bersuara. pandangan matanya menghantar suatu mesej kepada suaminya.

Datuk Osman mengerti perasaan isterinya itu tetapi dia perlu memikirkan masa depan anaknya ini. mungkin jika tidak di penuhi permintaan yang satu ini, anaknya ini akan berjauh hati dengan mereka berdua. lagilah Sarah mendapat keizinannya untuk sambung belajar di Scotland beberapa tahun yang lalu. sudah banyak kali mereka menyekat kebebasan anaknya ini dan anaknya ini hanya diam tidak membantah. kali ini dia tidak sanggup untuk berkata tidak untuk anaknya ini.

"Sayang, kita bagi peluang pada Yayang kali ni ok? selama ni pun dia ikut je apa yang kita cakap. apa salahnya kali ni kita bagi dia peluang." Datuk Osman bersuara.

Juliya tersenyum lebar. bersinar matanya. Datin Zubaidah pula terdiam. muram wajahnya.

"Betul ke, ayah? Yayang boleh pergi?" tanya Juliya ingin mendapatkan kepastian.

"Abang... saya tak nak Yayang jauh dari saya. saya tak benarkanlah."

"Ma.. janganlah macam ni. Yayang pergi sekejap je. 3 tahun je. mama dengan ayah boleh datang jenguk Yayang kat sana. Yayang janji Yayang akan selalu hantar berita, khabar, apa-apa jelah yang mama dengan ayah nak Yayang buat. Yayang buat. janji. please maaaaa.." Juliya memegang tangan mamanya untuk memujuk.

"Sayang.. kan abang dah pesan sebelum ni. jangan kongkong anak sangat. kalau awak rindu sangat, nanti abang bawak awak jumpa dengan Yayang tiap-tiap bulan. biarkan je dia nak pergi. asal pandai jaga diri, jaga maruah keluarga sudah."

"Ya, Yayang janji dengan ayah dengan mama. ma, pleaseeee. mama dah janjikan dulu kalau Yayang dapat 10A dalam SPM, Yayang boleh mintak apa je daripada ayah dengan mamakan. sekarang Yayang dapat 10A dan Yayang nak mintak satu ni je. pleaseeeee.." rayu Juliya.

"Itu lain. mama tak kisah kalau Yayang nak mintak apa pun kecuali jangan jauh dari mama. tu je."

"Maaaaa.. janganlah macam ni. Yayang nak pergi belajar, bukan pergi menetap kat sana terus."

"Sayang, awak jangan nak keras kepala sangat. semua nak kena ikut cakap awak je. kesian sikit kat anak kita ni. dahlah Yayang, ayah benarkan Yayang pergi. dengan satu syarat, pergi macam ni, balik pun macam ni jugak. bawa balik kejayaan, bukan kegagalan. ingat tu. dah, ayah nak bersiap-siap. nak keluar main golf dengan kawan ayah."

"Terima kasih, ayah." Juliya memandang kelibat ayahnya yang semakin menghilang.

"Mama, betul ke mama tak bagi Yayang pergi?" tanya Yayang apabila melihat mamanya menangis.

Datin Zubaidah tersenyum.

"Takpelah, sayang. kalau boleh memang mama tak benarkan tapi kalau dah itu keputusan Yayang dan ayah pun dah bersetuju, mama izinkan. janji dengan mama, kat sana jangan nakal-nakal. jaga nama baik keluarga kita ye."

Juliya mengangguk sahaja.

"Bila nak pergi?" tanya Datin Zubaidah.

"2 minggu lagi, ma. Yayang kena siapkan keperluan-keperluan untuk ke sana. nanti mama teman Yayang shopping ok?"

Datin Zubaidah mengangguk.

"Iyalah."


BERSAMBUNG..


3 comments: