PART 7
Zaraa masuk ke bilik kemudian menghempas kuat pintu
biliknya. ‘Mamat sombong tu punya pasal aku kena marah dengan abang. Ayah dan
mama juga tidak membela aku. Mereka cakap aku cuai. Arghh!’ Zaraa memukul-mukul
bantalnya. Teddy Bear yang di berikan oleh abangnya juga di lempar ke bawah
katil. Sakit hatinya kerana tidak di beri peluang untuk membela diri. ‘ Zaraa
benci abang!’
Zaraa mula baring menelentang. Dia kemudian mengeluh
perlahan. Dia tahu memang salahnya kerana cuai ketika memandu. Dia terlalu
asyik menekan pedal kereta Myvinya untuk melepasi lampu hijau sedangkan masih
ada kereta di hadapannya. Malangnya kereta yang di langgar adalah kepunyaan
mamat sombong yang di langgarnya tengahari tadi. Kasar sungguh bahasa mamat
sombong itu. Tidak padan dengan rupanya yang menarik perhatian.
Zaraa mengiringkan tubuhnya ke sebelah kanan menghadap
tingkap. Dia melihat ke luar. Pemandangan menghijau yang menenangkan
perasaannya. Sebab itu dia mahukan bilik ini. Zaraa bangun dari katil dan
melangkah ke beranda yang di pisahkan oleh sliding door. Dia menolak sliding
door dan berjalan ke luar. Dia suka berada di sini untuk melayan perasaan.
Kemudian dia duduk di kerusi yang memang di sediakan oleh ayahnya. Matanya
sengaja di pejamkan untuk menghirup angin petang. Terasa lembut angin yang berhembus
di pipinya. Rambutnya yang telah di lepaskan sebentar tadi mula di terbangkan
oleh angin. Segar rasanya.
Tiba-tiba dia teringat akan kejadian perlanggaran tengahari
dan petang tadi. Dia mula membayangkan rupa mamat sombong itu. Dengan mata yang
hitam bersinar dan sepet sedikit, hidung mancung, rambutnya pula… macam mana ye nak
gambarkan. Lebih kurang gaya artis korealah. Bibir yang merah menyala tanda
tidak menghisap rokok, badan memang tough macam selalu angkat berat je. Adoiii,
maskulin sungguh. Sekali tengok macam hero cerita Personal Tastelah pula. Ape ye
namanya? Lupalah pulak. Hmm.. ha! Lee Minho. Hehe. Tapi dua kali pandang dah tak
macam Lee Minho dah. Macam singa saja. Hahaha! Mulut dahlah jahat. Tak ada
insurans langsung. Siapalah yang sudi nak jadi partner dia ye. Kesian hari-hari
kena tengking. Lama-lama boleh kena heart attack. Kih kih kih. Zaraa
tersengih-sengih membayangkan wanita yang malang itu.
“Adik. Kenapa senyum sorang-sorang ni. Dah kena sampuk ke?”
Zaraa tersentak. Segera dia menoleh ke belakang. Fizhan
berjalan masuk kedalam biliknya dan berjalan menuju ke beranda, tempatnya
sedang bertafakur. Zaraa memasamkan wajahnya semula. Malas mahu melayan abangnya.
‘Baik pandang pokok depan tu lagi bagus.’
Fizhan tersenyum. Tahu adiknya itu merajuk dengannya kerana dia
memarahi adiknya sebentar tadi. Dia menarik kerusi dan duduk di sisi adiknya.
“ Merajuk dengan abang lagi ke? Sorrylah sebab abang marah
adik tadi. Abang tau abang salah dan tak patut marah adik sampai macam tu
sekali. Sorry ok?”
Zaraa tetap tidak mahu memandang abangnya. ‘Serabut!’
“Adik, please. Forgive me? Ok, adik cakap je nak apa. Abang
Fiz sanggup belikan or buat apa je asalkan adik maafkan abang Fiz. Hm?” Fizhan
mengumpan adiknya untuk bercakap dengannya.
Zaraa menoleh.Fizhan tersenyum. Tahu pasti adiknya akan
berlembut dengannya.
“ Betul ni? Apa-apa pun boleh?” Zaraa bersuara serius sambil tangan berpeluk tubuh.
Fizhan mengangguk laju. Zaraa memandang ke hadapan. Tidak mahu
memandang abangnya.
“Abang Fiz kena tolong Zaraa settlekan pasal urusan ganti rugi tu nanti. Zaraa
tak nak jumpa dengan mamat sombong tu lagi. Sakit hati tengok dia.”
Fizhan berkerut. Ingatkan adiknya akan memintanya membelikan
handphone baru, tak pun sponsor ganti spare part kereta Myvinya yang tersadai
di workshop itu. Fizhan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“ Boleh ke nak? Boleh ke boleh?” Zaraa berlelucon
seketika. Bertambah kerutan di dahi Fizhan. Bahasa apa yang adiknya gunakan ni?
Zaraa menahan gelak.
“ Betul ni adik nak minta abang Fiz buat tu je? Handphone
baru tak nak?” Tanya Fizhan lagi.
“Eh kejap. Ada lagi satu. Jangan lupa minta balik handphone
Zaraa dekat mamat sombong tu.”
Fizhan tersenyum.
“ Yela. Nanti abang minta. Ada apa-apa lagi tuan puteri?”
usik Fizhan.
Zaraa memasamkan mukanya. Tahulah dia, mesti abangnya mahu
mengusiknya lagi. Malas nak layan.
Tergelak kecil Fizhan melihat wajah adiknya yang cemberut
itu. Hehe. Comel pula.
“ Oklah, abang tak kacau dah. Sambunglah balik berangan
dengan lelaki yang adik cakap mamat sombong tu. Tak suka, tak suka berangankan
mamat tu jugak. Nanti abang bagitahu dia yang adik dah tangkap cintan kat dia
ok?” usik Fizhan lagi sambil berdiri ingin meninggalkan bilik adiknya itu. Tergelak
besar dia.
Membulat mata Zaraa.
“Abang jangan mengada-ngada ey. Siapa yang berangankan mamat
sombong tu. Tak kuasalah Zaraa.” Jerit Zaraa kuat apabila melihat abangnya
berjalan laju keluar daripada biliknya. ‘Kurang asam punya abang.’
Zaraa mendengus kuat. Tangannya menumbuk kuat penghadang
kerusinya. ‘Tapi, memang tadi aku berangankan mamat sombong tu pun. Abang ni
macam tau-tau jelah. Ish ish ish.’
‘Rindu pulak dekat Tiger. Di sebabkan mamat sombong tulah
dia tidak dapat mengambil Tiger hari ni. Nak keluar esok, tapi kereta masuk
workshop pulak. Masalah betullah. Nak pinjam kereta abang, mesti abang tak bagi.
Dah hilang kepercayaan pada adiknya yang sorang ni gara-gara insiden petang
tadi. Malang betul nasib aku hari ni.’
Zaraa mengeluh perlahan. Seketika dia memejamkan
matanya. Kemudian dia bangun dan masuk ke dalam biliknya semula untuk mandi dan
solat asar.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa hari kemudian..
Hari ini sudah hari sabtu. Diam tak diam sudah seminggu lebih
Zaraa berada di rumah. Esok pagi dia akan pulang semula ke Pahang untuk
menyambung kuliahnya. Rasa tidak sabar pula untuk bertemu dengan teman-temannya
di sana. Dalam masa yang sama dia rasa keberatan untuk meninggalkan ayah, mama,
dan abangnya di sini. Begitu juga dengan Tiger. Sudah beberapa hari dia tidur
dan berjaga di temani oleh Tiger. Dia juga sudah biasa dengan keadaan di
rumahnya. Ah! Kenapa tiba-tiba dia berasa sayu pula.
Zaraa yang daripada tadi duduk di atas katil mula bangun dan
mengendung Tiger yang berada di bawah katil kemudian membawanya ke beranda. Dia
duduk di kerusi dan mula mengusap-ngusap bulu Tiger.
“Tiger, esok aku dah nak balik ke Pahang. Rasa sedih pula nak
tinggalkan kau kat sini. Kalaulah aku boleh bawak kau sekali ikot aku balik
Pahang, kan best.” Zaraa mencium kepala Tiger. Tiger pula hanya diam seolah-olah
mengerti apa yang di katakan oleh tuannya.
“Aku rasa macam tak nak baliklah. Aku dah selesa kat
rumah. Aku bosan asyik mengadap buku je. Aku tak nak tinggalkan ayah, mama dengan
abang Fiz. Hmmm.” Zaraa meluahkan lagi rasa hatinya. Sayu suaranya kedengaran.
“Meow.. meow..” Tiger menggesel-geselkan kepalanya ke tangan
Zaraa. Zaraa tersenyum. ‘Macam paham pula Tiger ni apa yang aku cakap.’
“Kau nak pujuk aku eh? Kau paham apa yang aku cakap?
Hehe. Aku oklah. Kau tak payahlah risau. Lain kali aku balik kita main sama-sama,
tidur sama-sama lagi ok?” Zaraa memujuk Tiger.
Tiger hanya diam dengan mata yang terkelip-kelip. Dia
menggesel-gesel lagi kepalanya ke tangan Zaraa. Zaraa tersengih.
“Manjalah kau ni, Tiger. Tak padan dengan jantan. Hehe.”
Zaraa menghalakan pandangannya ke pokok-pokok yang berada di
hadapannya. Dia memandang langit pula. Cuaca agak redup ketika ini. Zaraa melihat
jam di tangannya. ‘10.30 pagi.’
Zaraa bangun dan masuk ke dalam biliknya semula. Baru dia
ingin membuka pintu biliknya untuk ke tingkat bawah, kedengaran pintu biliknya
di ketuk. Zaraa membuka pintu. Terjengul wajah abangnya di sebalik pintu.
“Ada apa abang? Zaraa baru nak turun bawah.” Zaraa yang masih
mendukung Tiger keluar dari bilik dan menutup pintu biliknya.
Fizhan tersenyum.
“ Saja. Abang tau adik bosan duduk rumah. Jom keluar tengok
wayang? Nak?”
Zaraa tersenyum juga.
“Kita berdua je? Mama? Ayah?” Tanya Zaraa.
“ Ayah tak ada. Dah keluar main golf dengan kawan dia awal
pagi tadi. Mama ada mesyuarat kelab dia tu kejap lagi. So, kita berdua je lah.
Nak tak?” Tanya Fizhan lagi.
Zaraa berfikir sambil memainkan jari telunjuknya di bibir.
“Boleh juga. Cerita apa?” Tanya Zaraa.
“The Avengers. Tak pun Battleship.”
“Ok. Ikot abanglah. Zaraa follow je.”
“Ok. Pergi siap-siap sekarang.”
Zaraa mengangguk dan kembali ke biliknya untuk menukar
baju.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Haha. Best betul cerita Battleship tadi, kan abang. Zaraa
rasa macam nak tengok lagi je lepas ni.” Ujar Zaraa setelah selesai menonton
Battleship di KLCC.
Fizhan tersenyum. Suka dia melihat adiknya ketawa. Dia juga
ikut senang hati. Dia memerhati sekeliling. Di lihat ada sekumpulan lelaki
memandang adiknya. Apabila dia menghulurkan senyuman kepada sekumpulan lelaki
tersebut, mereka hanya menjeling sahaja. ‘uit. Sombongnya. Jeleslah tu ada
lelaki di samping adiknya. Hehe.’
“Yelah. Jom kita cari makanan. Abang laparlah.” Fizhan menepuk
perutnya beberapa kali. Zaraa tersengih. Mereka berjalan mencari restoran untuk
mengisi perut.
“Ok, abang belanja tau.”
“Amboiiii. Mentang-mentanglah abang dah keje. Abang je yang
kena belanja ye.”
Zaraa tergelak manja.
“Yelah, Zaraa study lagi. Macam mana nak belanja. Nanti Zaraa
dah keje, abang nak apa je Zaraa bagi.”
Fizhan ikut tergelak.
“Ok, Zaraa dah keje nanti belikan abang kereta baru. Boleh?”
usiknya.
Zaraa terjerit kecil.
“Mana boleh. Ingat beli kereta tu guna daun ke? Kalau kereta
mainan bolehlah.” Zaraa menjeling abangnya.
Fizhan tergelak besar.
“Ishhh. Abang ni, nak gelak tu agak-agaklah. Malulah orang
tengok.” Bisik Zaraa perlahan. Dia mencubit lengan abangnya.
Fizhan mengaduh.
“Sakitlah. Adik ni tangan macam ketamlah. Berbisa.”Fizhan
mengosok-gosok lengannya yang perit di cubit oleh adiknya.
“Padan muka! Ha, tu ada Chicken Rice Shop. Jom masuk.” Zaraa
menarik tangan abangnya dan laju melangkah ke restoran tersebut.
“Ishh. Sabarlah sikit adik oiii. Tak menyempat dia nak masuk.
Tak larilah restoran tu.”
Zaraa terus melepaskan tangan abangnya dan berjalan laju
meninggalkan abangnya di belakang tanpa menghiraukan kata-kata abangnya itu.
No comments:
Post a Comment