PART 6
“Adam. Are you ok sayang?” Bella bersuara setelah melihat perempuan sombong tadi melangkah pergi. Dia cuba memaut lengan Tengku Adam Hariss, tetapi di tepis kasar. Terkejut dia.
“You buat
apa lagi kat sini Bella. Serabutlah I tengok You. Jangan kacau I lagi boleh
tak? Do your own business. Boleh?” Marah Tengku Adam Hariss. ‘Tak ada perempuan
lain ke dalam dunia ni. Balik-balik muka minah ni yang muncul. Ke mana aku
pergi mesti minah ni ada. Meluat.’
Bella
tersenyum.
“Kenapa You
cakap macam tu. I nikan bakal tunang You. Mestilah I nak kacau You. Lagipun I
sayangkan You. I love You so much sayang.” Bella kembali mencari lengan Adam.
“Haha! You
ni suka layan perasaan sendirikan. You jangan mimpilah dapat jadi tunang I. Jadi
girl friend pun I tak hingin. Please, don’t touch me! Rimas tau tak.”Adam
menarik lengannya kembali.
‘Apelah malang sangat nasib aku hari ni.
Projek berjuta-juta jatuh kat tangan orang lain. Dahlah tu, kena sembur pulak
dengan papa. Ni pulak baru nak cari tempat makan, ada pulak yang langgar sampai I-Phone
hancur. Sekarang, jumpa pulak dengan minah plastic ni kat sini. Dugaan betul.’
“ Sampai
hati You kan Adam. Tak jaga hati I langsung. Kecik hati I bila You cakap macam
tu. Nanti I report kat mummy You baru tau.” Gertak Bella. Dia tahu Adam sangat
menghormati Mummynya, Raja Zuraidah. Raja Zuraidah pula sangat rapat dengannya. Ini kerana
daddynya, Tan Sri Lokman berkawan rapat dengan Tengku Mukriz, papa kepada Tengku Adam
Hariss.
“You jangan
nak libatkan mummy I pulak dalam hal ni. You ingat You rapat dengan mummy I,
senang-senang You dapat masuk dalam family I, jadi partner I. Dalam mimpi pun
You takkan dapat. Ingat ya, jangan sesekali You gertak I dengan guna nama mummy
I. Sikit pun I tak takut.” Adam segera mengangkat kaki meninggalkan Bella. Patah
seleranya untuk makan. Lebih baik balik rumah, lagi bagus.
Adam tidak
menghiraukan panggilan Bella yang menjerit memanggilnya. Dia hanya ingin segera
keluar daripada Pavilion yang sesak ini dan pulang ke rumah. Sampai di kereta
Toyota Camry berwarna hitam metalik milinya, dia mencari Blackberry di dalam
dashboard. Segera jarinya menekan nombor telefon officenya. Sementara menunggu
talian di sambungkan, Adam melonggarkan tie yang di pakainya sejak pagi tadi.
“Hello, Sarah. This is me, Adam. I just want to tell You that I didn’t go into the
office after this. Anything happen, just let me know. Ok?”
Adam diam sebentar mendengar apa yang di katakan oleh pembantu
peribadinya, Sarah.
“Ok. Copy that. Thanks.
Assalamualaikum.” Adam menekan butang off setelah habis berbicara dengan Sarah. Dia
segera menghidupkan enjin kereta dan bergerak laju ke jalan besar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ha. Nasib baik lampu dah hijau. Cepatlah sikit kereta depan ni. Nantikan
tak sempat nak jalan dah merah balik.” Adam merungut sendirian. Baru dia ingin
menekan pedal kereta, terasa keretanya di hentam daripada belakang. Bergegar
seketika keretanya. Seketika dia tergamam. Lama kelamaan barulah dia tersedar.
Membulat matanya.
“Oh My God. My car!!!” jerit
Adam. Segera dia keluar daripada kereta Camrynya dan melihat belakang keretanya.
‘Mak oiii, kemek teruk ni. Jahanam kereta aku.’ Adam segera berjalan ke arah
kereta Myvi yang telah melanggar kereta kesayangannya itu. Segera dia mengetuk
tingkap bahagian pemandu untuk menyuruh pemandu itu keluar. ‘Memang nak kena
dengan aku ni. Tak reti bawak kereta, tak payahlah bawak. Menjahanamkan kereta
orang saja.’
“Get out now!” Adam menjerit
dari luar. Adam meninjau-ninjau ke dalam kereta untuk melihat empunya kereta yang menghentam keretanya tetapi hanya sia-sia kerana kereta Myvi tersebut di tinted gelap.
Seminit kemudian barulah pintu kereta di buka. Keluar seorang gadis dari
dalam kereta.
Membulat mata Adam melihat gadis itu. Gadis itu juga ikut terkejut melihat
Adam di hadapannya.
“You again?!!” Adam menjerit
kuat dan mendengus kasar.
Terkulat-kulat gadis itu di marahi oleh Adam.
“Err.. I’m so sorry. Saya tak
sengaja. Saya terburu-buru nak kejar lampu hijau tu sampai terlanggar kereta
awak. Sorry sangat-sangat.” Gadis itu
menjawab dengan suara yang terketar-ketar. Dia melihat sekeliling. Banyak mata
memandang mereka. Bunyi hon kereta juga membingitkan. Menambahkan kekalutan di wajahnya.
Adam tidak peduli. Sudahlah tadi gadis itu melanggarnya di Pavilion dan
menjatuhkan I-Phone kesayangannya. Sekarang dia menjahanamkan pula kereta
kesayangannya. ‘Memang tak boleh di biarkan.’
“ Awak kata tak sengaja?!! Sudahlah tadi awak hancurkan handphone saya,
sekarang ni awak jahanamkan kereta saya pula. What do you expect me to do? Hah! Nak biarkan awak pergi macam tu
je? Haha! Silap besarlah kalau awak pikir macam tu. Now, I want you to pay for the damages on my car and my I-Phone. I
don’t care what’s your reasons. Just pay now!” marah Adam sungguh-sungguh.
‘Wah! Marah sangat dah aku ni. Well done, Adam.’
“Err..please. janganlah macam ni. Saya boleh usahakan bayar gantirugi
kereta ni. Tapi, handphone awak tu saya tak jamin. Lagi pun bukan saya sorang
yang salah. Dah awak pun jalan tak tengok depan tadi.” Jawab gadis itu
takut-takut.
“Argh! I don’t want to hear anything from you. Just pay for the damages.
Kalau tak, I sue you.” Ugut Adam.
“Alaaaa.. Oklah, wait a minute. I’ll make a call now.” Jawab gadis
itu. 'Tau kau takut. Baru tau aku siapa. Jangan senang-senang nak buat dajal
dengan aku. Perempuan tak perempuan. Peduli apa aku. Salah tetap salah.’ Adam
hanya bercekak pinggang memerhati gadis itu.
Adam memerhati gadis itu bercakap di telefon. ‘Cantik jugak minah ni.
Putih melepak, hidung mancung dan comel terletak, mata sepet sedikit macam
orang korea, bulu mata lentik, rambut yang di ikat tu mesti cantik kalau di
lepaskan. Dengan rambut perangnya tu. Perang asli ke tu? Hmm.. kurus tinggi tapi
still tak dapat kalahkan aku. Heh. Bibir pulak comel dan menggiurkan.. ishhh! apa aku
melalut ni. Buat dosa je. Astaghfirullahalazim…’
Adam segera tersedar daripada merenung gadis di hadapannya itu. Di
lihatnya, gadis itu baru sahaja berbicara di dalam telefon dan mula melangkah
ke arahnya.
“Sorry sebab menunggu. Saya dah call abang saya dan dia suruh bagi nombor
telefon ni pada awak. Dia suruh awak call dia. Boleh ke?” gadis itu
menghulurkan secebis kertas kepada Adam.
Adam melihatnya sahaja tanpa mengambil dan kembali merenung wajah gadis itu
dengan wajah yang sengaja di tegangkan. ‘Biar dia tahu aku tengah marah.’
“ Macammana saya nak tau yang awak ni tak bohong saya? Mana tau ni fake
number. Muka awak ni bukan boleh percaya.” Ujar Adam dengan suara yang tinggi
tetapi tidak setinggi tadi.
“ Saya tak bohonglah. Ni memang betul nombor telefon abang saya. Saya pun
tak taulah macammana nak yakinkan awak lagi. Ni je yang saya mampu usahakan.
Now, take it or leave it.” Wajah gadis itu sudah menegang. Merah wajahnya.
'Marahlah tu kononnya. Ingat aku takut.' Adam tersenyum sinis.
“Baik. Saya percaya cakap awak. Tapi, dengan satu syarat. Bak sini handphone
awak.” Adam segera merampas handphone yang berada di tangan gadis itu. Membulat mata
gadis itu.
“Apa awak nak buat dengan handphone saya hah! Bak sini baliklah.” Gadis
itu berusaha merampas handphonenya kembali tapi sia-sia kerana Adam mengangkat
tinggi handphonenya. Gadis itu hanya paras bawah telinganya sahaja. Tidak
mungkin dapat mengambil handphonenya semula.
“ Handphone ni saya pegang. Bila awak dah bayar semua gantirugi, barulah
saya pulang balik. Paham?” Adam mendengus kasar dan segera masuk ke dalam
keretanya. Keretanya memecut laju meninggalkan gadis itu dan kereta Myvinya. Dia
lihat dari cermin pandang belakang, gadis itu menyepak tayar kereta
Myvinya. Adam tersenyum sinis. ‘Padan muka!’
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tengku Adam Hariss menghentikan langkah dan memandang Mummynya. Serius
wajahnya.
“Oh Mummy. Sorry, Adam tak perasan
mummy ada kat situ. Tak ada papelah mummy. Penat sikit je hari ni. Adam nak
masuk rehat kat dalam bilik kejap.”
Raja Zubaidah tersenyum.
“ Yelah. Adam pergilah rehat dulu. Dah solat?”
Adam memandang jam di tangan. ‘2.45 petang dah?’
“Belum lagi mummy. Nanti Adam solat sekali.” Adam menjawab lemah.
“Hmm.. Yelah.” Raja Zubaidah mengangguk sahaja.
Adam segera menekan lif ke tingkat 3 dan menuju ke biliknya.
Sampai di bilik, dia membuka baju pejabatnya dan mencampakkan baju
tersebut ke dalam bakul baju kotor yang di sediakan. Terus dia menghempaskan
tubuhnya ke atas katil queen berwarna putih itu. Dia menghidupkan air cond dan
berbaring menelentang dengan hanya bersinglet. Belakang tangannya di letakkan di
atas dahi. Matanya terkelip-kelip memandang siling biliknya yang berwarna putih
itu.
Dia baru sahaja ingin melelapkan mata sebentar dan kedengaran
Blackberrynya berbunyi. Adam menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan
menarik Blackberrynya. ‘Papa!’ bisiknya. Dia bangun dan dengan malas menekan
butang answer.
“Hello,pa. Ada apa?”Adam menyoal dengan malas.
Adam terdiam seketika mendengar suara papanya di corong telefon. Dahinya
di garu-garu perlahan.
“Haah. Sorry, pa. Adam excident tadi. Ada orang langgar belakang kereta Adam tadi.
Adam balik awal sikit hari ni.”
Adam mengeluh perlahan.
“Adam ok. Kereta Camry Adam je kemek sikit.”
Adam mendengar lagi.
“Dah hantar kat workshop. Don’t worry.”
Adam tidak menjawab. Hanya mengangguk walaupun dia tau papanya tidak
mungkin nampak anggukannya itu.
“Hmm.. Kalau papa pergi sendiri boleh tak? Adam letihlah, pa. malas nak
keluar dah. Lagipun projek tukan Adam dah serahkan kat Fakrul. Papa ajak dia
sajalah.” Jawab Adam malas.
Adam mengeluh kasar mendengar arahan papanya yang masih memaksa dia
mengikut untuk makan malam bersama ahli korporat dan sebagai tanda
penghargaan kerana berjaya menguruskan projek membina shopping mall di area
Selangor.
“Yela, yela. Malam nanti Adam pergilah. Ok, Assalamualaikum.” Adam segera
menekan butang off dan mencampakkannya ke atas katil. Tidak jadi dia hendak
melelapkan matanya. Adam bangun dari katil dan kemudian berjalan masuk ke dalam
bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya itu.
No comments:
Post a Comment