PART 5
Hye! Aku mula menghitung hari. Duduk di rumah rasa bosan pula. Kenapa cuti ni rasa lama sangat. Tapi kalau di Pahang rasa macam nak balik KL aje. Rindu familylah, rindu biliklah, rindu Tigerlah. Ha! Jangan tak tahu, aku ada bela seekor kucing parsi. Bulu dia berbelang macam harimau. Sebab tu di panggil Tiger. Tapi di sebabkan tak ada siapa nak jaga, so aku letakkan Tiger di Pet House buat sementara.
Semalam rasanya hari bertuah untuk aku. Walaupun pagi-pagi dah kena
bangun teman mama ke Spa tapi rasa berbaloi. Dapat shopping baju, kasut dan
novel baru. Siapa yang bayar? Of courselah mama. Pinjam kad kredit mama ok. Tulah,
siapa suruh ajak anak gadisnya yang sorang nih teman. Haruslah kena pau. Ahaks!
Makin bertambah bertuah sebab dapat pujian semasa nak beli KFC. Kakak tu puji
direct sangat. Malu rasa. Kang kalau seluar aku koyak siapa nak jawab? Ha.. dah
malu berganda-ganda. Aku ni pulak dahlah memang jenis suka perah santan. Elok
sangatlah tu. Hehe. Tapi takpelah, terima kasih ye kakak cashier sebab puji
Zaraa. Lain kali pujilah lagi. Zaraa sukaaaaaaa sangat. Haha! Over pulak daa.
Mama pulak sibuk ceramah pasal kahwin. Tulah topic yang aku paling tak
suka. Aku ni muda belia lagikan. Mana sesuai cakap pasal kahwin. Muda belialah
sangatkan. Ekeke! Tapi memang muda lagi ape. Baru masuk 22 tuuuu. Sayang zaman
muda ni di biarkan begitu saja. Kahwin tetap kahwin. Tapi lama lagilah. Hehe. Nak
sangat cakap pasal kahwin. Sekali Zaraa kahwin dulu sebelum abang Fiz, baru mama
tau. Terbeliak mata mama. Dah kena langkah bendul. Haha!
Oklah, penat pulak layan perasaan sensorang ni. Lain kali tulis lagi.
Tataaaa!
Cute Gurlz
Zaraa menghentikan ketukan jari di keyboard laptopnya. Dia
segera menekan publish. Puas hatinya dapat meluahkan rasa di blog yang semakin
hari semakin di sukainya. Setelah berpuas hati dengan ‘hasil karya’nya itu,
Zaraa log in ke laman web Twitter pula. Ramai pula artis-artis yang tweets awal pagi macam ni. Selalunya tak ramai. Matanya terfokus kepada tweets Fasha Sandha.
“Ohh. Fasha Sandha dah pregnant? Baguslah tu. Mesti nanti
anak dia cantik macam diakan. Hehe.”
“Eh, Scha dengan Awal pun dah kahwin? Alhamdulillah. Memang
sepadan diorang ni.” Ujar Zaraa sendiri.
Zaraa menekan pula butang mention pula. Ramai pulak kenalan-kenalannya yang tweet namanya di twitter semalam. Zaraa membalas tweet itu seadanya sebelum menutup laptopnya.
___________________________________________________________________________________
“Morning! Awal Zaraa bangun pagi ni.” Tegur Datuk Azlan yang
sedang bersarapan di ruang makan.
“Morning, Datuk Azlan Lee. Biasalah, jam loceng dah berfungsi.
So, kehidupan seharian pun berfungsilah dengan baik dan teratur.” Selamba Zaraa
mengenakan ayahnya. Dia menuju ke meja makan dan duduk di hadapan ayahnya.
Datuk Azlan Lee tersenyum.
“Baguslah kalau macam tu. Tak adalah ayah dengar mama kamu
dok berkicau pagi-pagi buta. Sakit telinga ayah ni. Haha!”
Zaraa ikut tergelak sama.
“Ayah ni jahatlah mengata mama. Kicau-kicau pun isteri ayah
jugak. Macam tak biasa dengar mama berkicau.” Zaraa menuang air teh ke dalam
cawan di hadapannya dan menghirup perlahan-lahan.
Datuk Azlan Lee hanya ketawa mendengar kata-kata Zaraa.
“So, what’s your plan today?”
Zaraa meletakkan kembali cawan yang di pegang di atas meja.
“Rasanya just nak ambik Tiger kat Pet House je kot. Nak
keluar pergi mana-mana pun tak ada yang teman. Bosanlah.” Zaraa mengadu.
Datuk Azlan Lee tersenyum.
“Muniira dengan Sarah tak ada kat rumah ke?" tanya Datuk Azlan Lee. Muniira dan Sarah adalah teman akrabku di KL juga merangkap sepupu aku yang tinggal di Cheras.
"Mana ada. Diorang tak cuti semester lagilah, ayah. kalau tak memang diorang dah terpacak kat rumah ni awal-awal pagi lagi. heheee."
"Ohh. hahaa ! Ok, tak pun suruhlah mama temankan.”
Zaraa mengeluh.
“Malaslah. Mama mesti tak nak teman Zaraa. Kalau teman pun
shopping barang dia je yang lebih. Serupa Zaraa yang teman mama shoppingkan. Hehe.”
Tergelak besar Datuk Azlan Lee. Datuk Azlan Lee mengeluarkan kad
kredit di dalam dompetnya dan menghulurnya kepada Zaraa.
“Nah. Take it. Jangan boros. Beli barang yang perlu je. Ok?”
Zaraa tersenyum lebar.
“Thanks, Datuk. Love you so much lahh. Hehe.” Pantas Zaraa
mengambil kad kredit yang di hulurkan oleh Datuk Azlan Lee. ‘Selamat duit aku. Heh heh
heh.’
Datuk Azlan Lee tersenyum.
“Oklah, ayah pergi kerja dulu. Dah lambat ni. Nanti jalan
jammed pula. Mana pula mama kamu ni.” Datuk Azlan Lee bangun meninggalkan meja
makan dan mencari isterinya di halaman rumah.
___________________________________________________________________________________
Tepat jam 11 pagi, Zaraa sudah bergerak ke Bukit Bintang
untuk ke Pavilion dengan menaiki kereta Myvi Extreme miliknya yang bewarna kuning
metalik itu. Sebelum dia mengambil Tiger, dia ingin mencuci mata terlebih
dahulu. Biarlah jalan keseorangan pun, bukannya dia tidak biasa. Sampai ke
Pavilion, jam sudah menginjak ke jam 11.45 pagi. Maklumlah, jalan KL memang
sentiasa jammed. Itu yang membuatkan dia malas hendak keluar dari rumah.
Zaraa mula melangkah ke dalam dan mata memerhati
sekeliling. ‘Still ramai orang walaupun hari ini hari selasa.’ Zaraa asyik
memandang baju di dalam sebuah butik sambil kaki masih melangkah di
tengah-tengah orang ramai. Tiba-tiba…
“Auchh!” Zaraa jatuh terduduk. Seorang lelaki berpakaian
pejabat juga kelihatan terduduk di hadapannya.
Kelam kabut Zaraa bangun dan segera membantu lelaki tersebut
bangun.
“Maaf awak. Saya tak perasan awak ada kat depan tadi.”
Lelaki tersebut segera merentap tangannya yang di pegang
oleh Zaraa. Lelaki tersebut bangun dan mengibas-ngibas belakang seluarnya sambil
menjeling tajam Zaraa di hadapannya.
“Mata awak letak kat mana ha? Kat lutut ke. Lain kali jalan
tengok depan. Jalan pakai mata, bukan pakai lutut. Tengok, apa awak dah buat
dengan I-Phone saya. Mahal saya beli handphone ni tau tak.” Marah lelaki itu.
Terkulat-kulat Zaraa di marahi oleh lelaki di hadapannya
itu. ‘Apesal nak marah pulak. Bukan dia sorang yang jatuh. Aku pun jatuh jugak.
Dah dia pun jalan tak pandang depan nak salahkan aku pulak bila I-Phone dia
hancur. Tak boleh jadi ni. Pantang betul akulah.’
“Kan saya dah minta maaf tadi. Lagi pun bukan salah saya
sorang. Dah tau saya jalan pakai lutut, yang awak tak elak kenapa. Nampak sangat
awak pun jalan pakai lutut. Bukan salah saya kalau I-Phone awak yang mahal
sangat tu jatuh.” Tempelak Zaraa.
‘Suka-suka aje nak marah-marah aku. Harap muka
je hemsem, harap badan je tough. Tapi mulut macam longkang buat apa. Ops! Kan
dah terpuji. Sempat lagi aku ni di saat genting seperti ini. Ish ish ish.’
“ Apa awak cakap?! Ahhh! Buang masa cakap dengan awak ni tau
tak. Huh!”
“ Memang betul pun apa yang saya cakapkan. Awak pun dah
buang masa saya yang berharga ni tau tak. Entah apelah nasib saya jumpa dengan
singa yang garang macam awak ni.” Ujar Zaraa angkuh juga.
'Kau ingat kau sorang
boleh nak belagak. Aku pun bolehlah.’
“Adam sayangggggg. What happen?” suara seorang perempuan
timbul di belakang lelaki angkuh itu.
Lelaki yang di panggil Adam itu menoleh. Mukanya bertambah
tegang apabila perempuan tersebut muncul dan memaut lengannya. 'MasyaAllah!
pakaian macam tak cukup kain lagaknya minah ni. Agak-agaklah kalau ye pun nak
tayang body dia yang seksi tu. Kalau ginilah gayanya, tok imam pun boleh jatuh
pengsan. Ish ish ish!’
“Nothing. Don’t touch me! Rimaslah. Tak paham bahasa ke?”
marah lelaki tersebut.
‘Aik? dia ni datang bulan ke. Semua orang dia nak
marah. Kesian minah gediks tu terkulat-kulat kena marah. Tak gantleman
langsung.' Berkerut –kerut dahi Zaraa melihat adegan di hadapannya itu.
“Ha! Yang awak tercegat lagi kat depan saya ni buat apa. Nak
tolong ganti I-Phone saya yang dah berkecai ni ke?”
‘Aiyak! Silap timelah aku datang Pavilion ni. Kena marah
lagi daaaa.’
“Ishhh! Macam tempat ni dia yang punya.” Rungut Zaraa
perlahan. Segera dia membuka langkah.
Tiba-tiba terasa lengannya di tarik. Zaraa menoleh.
“Awak cakap ape tadi? Saya kurang jelaslah. Boleh ulang balik
tak?” lelaki angkuh tadi memegang kuat lengannya dengan rahang yang
bergerak-gerak seolah-olah menahan marah.
‘Aduhhh! Memang aku ni nak cari nahaslah. Macammana dia
boleh dengar apa yang aku cakap tadi. Ishhh! Masalah, masalah!’
“Errr.. mana ada saya cakap apa-apa. Ishhh. Sakitlah. Apa
pegang-pegang ni. Lepaslah!” Zaraa menarik tangannya tetapi tidak Berjaya. Dia
melihat kiri dan kanannya. ‘Mak oiiii. Ni ada pertunjukan sarkas ke hapa sampai semua
mata pandang ke arah aku dengan mamat sombong nih. Ishhh. Memanglah dia ni tak
tau malu.’
“Awak jangan ingat saya tak dengar apa yang awak cakap
tadi. Awak cakap tadi macam tempat ni saya yang punyakan?”
‘Ishhh. Dah tau buat apa tanya lagi. Sengallah mamat sombong
ni.’
“ Hah! Dah taukan. So, lepaslah tangan saya ni. Tak malu ke
orang ramai pandang kita ni.” Bisik Zaraa geram.
Lelaki angkuh itu memandang sekeliling. Segera dia melepaskan
tangan Zaraa.
Zaraa mengurut tangannya. ‘Gilerlah mamat sombong ni. Mesti
merah ni. Nasib baik pakai lengan panjang. Ishhhh.’
“Buat pengetahuan awak, tempat yang awak sedang berdiri ni
memang saya yang punya. So, bila-bila masa aje saya boleh halau awak daripada
sini. So, jaga mulut awak tu baik-baik.” Bisik lelaki itu pula. Nampak sangat
dia sedang menahan kemarahannya.
‘Eh, main bisik-bisik pulak dah. Ahhh! Peduli apa aku.’
“Do I care. Huh!” Zaraa menjeling lelaki angkuh itu sambil
kakinya melangkah meninggalkan tempat itu. Matanya sempat mengerling perempuan
gediks yang berada di belakang lelaki angkuh itu. Perempuan gediks itu pula
memberikan jelingan maut kepadanya. ‘Jeling-jeling. Cocok biji mata tu baru tau.’
No comments:
Post a Comment