Wednesday, June 20, 2012

ADDS Part 4



PART 4

“Ya Allah ! Penatnya !!” Zaraa melepaskan lelahnya diatas katil setelah seharian bertungkus lumus membantu menjayakan majlis persandingan abang sepupunya itu. Akhirnya selesai juga majlis itu. Dia terbaring keletihan.

Tiba-tiba pintu bilik terkuak daripada luar. Datin Miftah masuk ke dalam bilik.

“ Hai, anak mama sorang ni. Penat ke?” sapa Datin Miftah. Dia duduk di birai katil.

Zaraa tersenyum kelat.

“Taklah. Bertenaga je ni. Sampai tak larat nak bangun.” Perli Zaraa.

Datin Miftah tergelak kecil.

“Penat-penat pun sempat lagi nak usik orang. Kesian anak mama. Tak pe lah, Zaraa pergi mandi dulu. Lepas tu pergi makan. Lepas makan baru tidur ok.”

Zaraa menggelengkan kepala.

“Tak naklah makan. Tak lapar lagi. Petang tadi Zaraa dah makan.”

Datin Miftah membelai rambut anak gadisnya itu.

“Oklah, kalau macam tu pergi mandi dulu. Baru segar sikit. Lepas tu, baru tidur kejap. Bangun cepat.”
 Arah Datin Miftah lembut.

Zaraa memaksa dirinya untuk bangun. Lemah tubuhnya kerana seharian tenaganya di gunakan. Zaraa bangun dan segera mencapai tuala di hujung katil kemudian masuk ke dalam bilik air yang terdapat di dalam bilik itu. 

‘Haihhh. Nasib baiklah rumah Uncle ni ada bilik air kat dalam bilik. Senang sikit nak mandi.’

Datin Miftah melihat saja kelakuan anak kesayangannya itu. Dia tahu anaknya itu tidak berehat seharian kerana sibuk membantu majlis anak saudaranya. Dia juga keletihan kerana sibuk membantu majlis tersebut. Datin Miftah segera bangun dan keluar daripada bilik tersebut.
___________________________________________________________________________________

“Fizi, Za. Kami balik dulu ye.” Datin Miftah bersalaman dengan adik dan adik iparnya itu.

“Yela kak. Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong saya sekeluarga menguruskan majlis tadi.” Ujar Hafizi.

“Hmm.. kamu tu adik akak, Fizi. Takkanlah akak tak nak tolong pulak. Ada masa nanti datanglah KL. Singgah rumah akak. Dah lama kamu tak jenguk akak kat sana.”  Ujar Datin Miftah.

Hafizi tersenyum.

“InsyaAllah kak. Ada masa nanti, sampailah saya kat rumah akak tu. Sekarang saya sibuk sikit, uruskan lembu-lembu tu.” Balas Hafizi.

Zaraa yang sedang sibuk mengangkat beg-beg ke dalam boot kereta hanya tersenyum mendengar perbualan Uncle dan mamanya. Datuk Azlan Lee menghampiri isterinya.

“Dah, Mif. Jom gerak. Kan lambat pulak sampai KL. Oklah Fizi, Za. Kami gerak dulu ye. Kirim salam kat Afiq dan isterinya tu. Maaflah, tak dapat tunggu sampai esok. Abang dan Fizhan kerja. Maklumlah hari isnin hari kerjakan. Terpaksa balik malam ni jugak.” Ujar Datuk Azlan Lee.

“Tak apalah bang. Abang sekeluarga pun dah banyak tolong saya. Fizhan dengan Zaraa tu, tolong daripada pagi sampai majlis selesai. Penat da tu.” Balas Hafizi.

Zaraa dan Fizhan tersenyum. Datuk Azlan Lee ikut tersenyum.

“Oklah, kami gerak dulu ye. Assalamualaikum.” Datuk Azlan Lee bersalaman dengan Hafizi dan Zahara kemudian bergerak masuk ke dalam kereta. Datin Miftah, Fizhan dan Zaraa turut bersalaman sebelum masuk ke dalam kereta. Kemudian, kereta BMW milik Datuk Azlan Lee bergerak meninggalkan perkarangan rumah Hafizi.
__________________________________________________________________________________

Zaraa terjaga daripada tidur. Dia mencapai jam loceng di sebelahnya.

“Alamak! Lupa jam mati. Alahaiiii. Dah pukul berapa ni.” Kelam kabut Zaraa mencapai handphone di atas meja sisinya.

“Ha! Pukul 10??!! Alahaii. Dah lambat nak teman mama pergi Salon. Kenapa mama tak kejut aku ni. Bukan selalu mama kejut ke kalau nak suruh teman. Hishhh.” Zaraa bangun dan melompat turun daripada katilnya. Baru hendak mencapai tuala, kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk.

Alamak! Mesti mama. Habislah aku. Semalam mama dah pesan awal-awal suruh teman pergi Spa dalam pukul 10.30 pagi. Spa tu pulak memang jenis ekslusif. Siap ada temujanji lagi sebab ramai yang menggunakan khidmat Spa di sana. Kononnya menepati cita rasa. Bagi aku, kat mana-mana Spa pun sama saja asalkan hasil kerja mereka memuaskan.

Kelam kabut Zaraa membuka pintu. Tapi separuh sajalah. Hehee

Membulat mata Datin Miftah melihat anaknya dalam keadaan serabai baru bangun tidur.

“Ma, sorry. Zaraa tak siap lagi. Hehee. Lupa jam loceng mati. Sorry.” Zaraa membuat muka comel sambil kedua-dua tangannya di satukan seperti meminta ampun. Pintu masih di buka separuh kerana takut mamanya akan memiat telinganya seperti kelmarin. Kejadian itu tidak akan di biarkan berulang lagi. Merah telinga di tarik oleh mamanya. Sakit? usah cakap. Boleh putus telinganya.

“Zaraa.. mama pesan apa semalam?” Datin Miftah menahan geram. Ya Allah! Anak siapalah ni.

“Alaaaa, sorrylah. Zaraa tak sengaja. Mama pahamkan semalam kita sampai lewat daripada rumah Uncle Fizi. Zaraa penat sangat semalam. Jam loceng pulak mati. Tu yang terlajak. Sorrylah ma.” Pujuk Zaraa lagi.

Datin Miftah menghela nafas perlahan. Penat nak marah. Marah berjela nanti makin bertambah lewat pula. Sudahlah susah untuk menbuat temujanji di Spa Qistina tu. Bila dah dapat, anaknya pula buat hal.

“Sudah. Cepat siap. 10 minit daripada sekarang. Dah lewat nih. Nanti sampai sana lewat.” Datin Miftah mengarah.

“Ok Boss!” Zaraa mengangkat tabik gaya polis. Zaraa tersengih dan segera menuju ke bilik air.

Datin Miftah tersenyum. Dengan anaknya yang seorang ini memang dia selalu kalah.
__________________________________________________________________________________

“Ma, Zaraa malaslah nak masuk sekali kat dalam Spa tu. Mama pergi ajelah ok. Nanti dah siap call Zaraa. Zaraa nak naik atas sekejap. Cari novel baru. Lepas tu nak shopping sikit. Hehe.” Zaraa bersuara setelah mereka hampir sampai ke Spa Qistina milik teman mamanya itu.

“Yela. Hati-hati jalan sorang-sorang tu. Apa-apa call mama. Tak pun cari mama kat Spa. Ok?” pesan Datin Miftah. 

Zaraa mengangguk sahaja. Segera dia mencium pipi mamanya dan Datin Miftah bergerak masuk ke dalam Spa.
__________________________________________________________________________________
Zaraa berjalan keseorangan di dalam Shopping Mall yang di penuhi dengan ribuan orang. ‘Hai, hari isnin pun still ramai orang lagi ke? Tak kerja ke diorang ni.’  Zaraa melihat jam di tangan. ‘Laaa, memanglah ramai. Da pukul 12 lebih. Time pekerja rehatkan.' 

Sedar tak sedar dah 2 jam lebih dia berjalan sendirian di dalam shopping mall itu. Baru terasa penat dan haus. 

‘Aha! Nampak KFC depan mata. Memang tau-tau je aku tengah penat dan lapar. Makan kejaplah.’

Segera Zaraa melangkah masuk ke dalam KFC. ‘Mak aihh. Ramainya orang. Nak kena beratur panjanglah pulak. Ahhh! Gasaklah. Perut dah mendendangkan lagu yang tidak dapat di kenal pasti ni. Kejap pop rock, kejap irama Malaysia. Baik beratur je senang.’

Mata Zaraa sesekali memerhati tempat duduk di belakang. Masih ramai tetapi still ada lagi ruang kosong untuk dia duduk. Kelihatan ada mata-mata yang memandangnya apabila dia menoleh ke belakang. Tak kurang jugak yang tersengih-sengih memandangnya. 'Dah kenapa dengan diorang ni? macam tak pernah nampak orang aje lagaknya.' Zaraa tersenyum nipis sahaja dan memandang hadapan semula. 

Sampai gilirannya, dia segera memesan Snack Plate dan air Milo kesukaannya. ‘Baik pulak akak cashier ni dok senyum-senyum kat aku. Tadi Nampak macam marah kat orang depan aku. Sekarang rasa macam senyum terlebih gula pulak.’ Zaraa membalas senyuman kakak cashier tersebut

“Adik ni cantiklah. Nama siapa?” tegur kakak cashier tadi tiba-tiba.

Zaraa terpinga-pinga ditegur sebegitu. Dia tersenyum.

“Errr.. terima kasih. Panggil Zaraa je.”

“Ohh.. cantik nama. Macam tuannya jugak. Kawan-kawan akak kat belakang tu daripada tadi dok usha-usha adik. Diorang cakap muka adik cute, ada iras-iras artis korea, YoonA. Kenal?” Tanya kakak cashier tersebut.

Tersipu-sipu malu Zaraa di puji begitu dan mengangguk. ‘Alahaiii, ape tak kenal pulak. Artis korea memang saya minat. Lagi-lagi SNSD tu. Lagu dan MV melambak kat lappy. Malulah pulak kakak ni puji. Janganlah puji kak, saya ni cepat perah santan orangnya. Hehee.’

“Errr.. hehee. terima kasih lagi sekali sebab puji.” Zaraa memandang teman-teman sekerja kakak cashier di hadapannya. Semuanya tersengih-sengih dan melambai-lambaikan tangan padanya. Baik perempuan mahu pun lelaki. Zaraa menghulurkan senyuman dan mengangguk sahaja kepada mereka.

“Sorang je ke?” Tanya kakak cashier tu lagi.

“Errr.. tak. Teman mama pergi Spa kat atas. Tapi tak masuk pun, malas nak tunggu. Jalan-jalan sendiri aje semantara tunggu mama siap.” Terang Zaraa. Sambil tu Zaraa menghulur duit untuk makanannya.

“Ohh.. baiknya teman mama. Oklah, makanan dah siap. Enjoy your food. Ada masa datang lagi.” Ujar kakak cashier sambil senyum seperti tadi. Senyum terlebih gula. Boleh kena kencing manis ni kalau pandang lama-lama. Ahaks!

“Terima kasih. InsyaAllah.” Zaraa segera mengangkat dulang berisi Snack Plate dan air Milo kemudian menuju kearah meja yang kosong tanpa memandang manusia-manusia yang memandang ke arahnya.
___________________________________________________________________________________
“Zaraa, kat mana sayang? Mama dah siap nih.” Ujar Datin Miftah di corong telefon setelah Zaraa memberi salam.

“Zaraa kat KFC nih. Baru habis makan. Baru ingat nak call mama. Hehe.” Zaraa menjawab sambil tersenyum.

“Ohh.. sampai hati makan tak tunggu mama. Mama lapar jugak ni. Tunggu mama kat sana ok. Mama turun sekarang.”

Zaraa tergelak kecil.

"Hehee ! ok."

Zaraa tersenyum dan menekan butang off. Dia meletakkan handphone di sisi nya. Beg-beg berisi pakaian, kasut dan novel yang di beli di tilik kembali. Dia mengeluarkan 2 buah novel yang di belinya di Popular sebentar tadi. ‘Maid’ dan ‘Influenza Cinta’. Dia tersenyum membaca synopsis cerita di belakang novel itu.

‘Macam best je novel ni. Tak sabar nak baca. Tunggulah sampai rumah nanti. heh heh heh.’

“Zaraa.” Panggil Datin Miftah.

Zaraa menoleh. Mamanya sedang berjalan menghampirinya dengan wajah yang berseri-seri. Al maklumlah, 
baru selesai berSpa. Zaraa melambai-lambaikan tangan sambil tersenyum.

“Amboiiiii mama ni. Makin berseri-seri pulak lepas berspa ni. Kalau macam tu, nanti Zaraa nak buat jugaklah. Jeles tengok mama Zaraa lagi cantik dan vogue daripada Zaraa. Haha!” tegur Zaraa setelah mamanya duduk di hadapannya.

Datin Miftah tergelak kecil.

“Terima kasih. Tulah, mama ajak Zaraa buat sekali tak nak. Sekarang jangan nak jeles-jeles pulak ye.”

Zaraa tersengih.

“Alaaa, Zaraa gurau jelah. Malaslah Zaraa nak buat. Lagi pun baru minggu lepas buat. Takkan nak buat lagi. Membazir je.”

“Minggu lepas tu dah lamalah sayang. Membazir apanya, nikan untuk kecantikan kita jugak. Untuk suami Zaraa jugak nantikan.” Usik Datin Miftah.

“Ishhh. ke situ pulak. Lama lagilah mama. Belajar pun tak habis lagi nak pikir pasal kahwin.” Bosan bila ada yang bercakap soal kahwin. Umurnya baru 22. Lama lagi untuk dia memikirkan soal kahwin.

“Memanglah lama lagi. Tapi, mulakanlah langkah daripada sekarang. Tengok macam mama, sampai sekarang kekal dengan ayahkan. Ikat suami mama tu. Haha!” Datin Miftah tergelak.

Zaraa ikut sama tergelak.

“Yela tu. Zaraa muda lagilah. Malas nak ambik tau pasal semua tu. Nanti dah dekat nak kahwin baru pikir. Hehe.”

“Ada pulak macam tu. Jaga badan dan muka daripada sekarang. Nanti dah nak kahwin tak adalah pikir sangat.” Ceramah Datin Miftah.

‘Ahh! Mama nih. Dah mula dah dia punya ceramah free tu. Sakit telinga dengar. Tak nak dengar! Tak nak dengar! Hehe.’

“Yela, yela. Mama kata tadi lapar. Cepatlah pergi beli. Nanti lewat pulak sampai rumah.” Zaraa bersuara menutup ceramah mamanya daripada panjang berjela.


No comments:

Post a Comment