PART 3
Perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Pekan
Ayer Hitam memang memenatkan. Sepanjang perjalanan Zaraa hanya mendiamkan diri
di tempat duduk belakang kerana dia begitu asyik melihat permandangan di
sekeliling negeri Johor itu.‘Banyak perubahan juga dekat sini ye.’Komennya sendiri.
Fizhan memandang Zaraa di sebelah. Dia hanya membiarkan
adiknya diam dan memerhati permandangan dari dalam kereta kerana dia tahu
adiknya memang suka melihat permandangan yang menghijau. Di lihat adiknya itu
sedang asyik memandang luar. Sekejap tersenyum, sekejap serius. Kadang-kadang di
lihat adiknya itu akan bergerak sedikit untuk membetulkan duduk. Al maklumlah,
perjalanan ke Johor memang agak lama dan duduk pula. Jadi semua anggota badan
jadi sakit.
Akhirnya sampai juga mereka di Pekan Ayer Hitam. Zaraa begitu
teruja melihat ramai orang-orang kampung yang membantu persiapan untuk majlis
abang sepupunya. Melihat adik-adik kecil yang berlari-lari di kawasan rumah
Unclenya membuatkan Zaraa bertambah teruja.
Kereta BMW Coop silver metalik milik Datuk Azlan Lee membelok ke
kawasan rumah adik iparnya, Hafizi dan berhenti di bawah pokok yang agak
rendang. Seketika, mereka menjadi perhatian orang-orang kampung yang ada di
kawasan tersebut.
Zaraa orang terakhir yang keluar setelah Datuk Azlan Lee, Datin
Miftah dan Fizhan keluar daripada kereta. Dia menggalas beg sandangnya dan
menutup pintu kereta. Zaraa membuang pandangan ke arah kawasan rumah Uncle
Fizinya. ‘Hmm.. dulu kecil je. Sekarang dah bertambah besar pula rumah
Uncle. Batu lagi. Not bad..’ gumamnya di dalam hati. Zaraa memandang
sekeliling. Beberapa orang kampung memandangnya tidak berkelip. Dia
menghadiahkan senyuman manis kepada orang-orang tersebut. Senyumannya
berbalas. Dia menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat dan mengikut
langkah ayah, mama dan abangnya menuju ke rumah Uncle Fizi.
___________________________________________________________________________________
“Peh! Cun giler awek tu. Muka macam patung pulak tu. Sekali
dia senyum, cair wooo.” Akim yang daripada tadi sibuk memerhati gadis cantik
yang baru keluar daripada kereta BMW, mula bersuara kepada rakan-rakannya yang
lain. Mereka sedang membina khemah di hadapan rumah Encik Hafizi.
“Yela, cun giler. Tak berkelip mata aku tengok. Siap senyum
lagi kat aku.” Ujar Mail pula.
“Ya Allah! Perasanlah kau ni. Dia bukan senyum kat kau. Tapi
kat kita semua ni. Mana taknya, semua tengok dia macam nampak Siti NurHaliza
lagaknya. Mestilah dia senyum tengok korang. Apelah..” Ikmal yang sedang sibuk
membetul-betulkan khemah bersuara.
“Entah kau ni. Perasaan tak habis-habis. Cerminlah sikit muka
tu dulu sebelum berangan yang indah-indah.” Ujar Ijol pula.
Mail tersengih-sengih.
“Yela, aku taulah aku ni tak hensem. Tapi, at least aku
takdelah buruk sangat macam kau Ijol. Hahahah!” sengaja Mail mengenakan
Ijol. Semua tergelak besar.
“Jahat mulut kaukan. Aku sumbat cili baru tau.” Marah Ijol.
“Alahhh! Gurau sikit pun tak boleh. Tapikan, korang rasa umur
dia berapa?” Tanya Mail.
“Hmm.. 18 kot.” Jawab Ijol.
“Ishhh.. takkanlah muda sangat. Aku agak-agakkan mesti umur
dia dalam 20-an.” Ujar Mail.
“Ha! Aku pulak agak dalam 21 tahun.” Sampuk Akim pula.
Ikmal tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Korang ni, tak habis-habis lagi ke dok citer pasal minah
tu. Tak masuk dalam exam punlah. Ni siapa nak tolong aku angkat tiang ni kalau
asyik teka-teka umur dia. Cepatlah tolong aku.”
Akim tergelak melihat Ikmal yang cuba menahan tiang khemah
daripada terjatuh. Segera dia membantu Ikmal. Tersengih-sengih Mail dan Ijol
mendengar teguran Ikmal. Segera mereka meneruskan tugas mereka yang tergendala
sebentar tadi.
___________________________________________________________________________________
Zaraa keluar ke kawasan halaman rumah Unclenya setelah bersalam-salaman
dengan keluarga Unclenya. Sempat lagi dia mengusik abang sepupunya, Afiq Ammar yang
akan mendirikan rumah tangga pada esok hari sebelum berjalan ke halaman rumah. Zaraa
melihat beberapa orang kanak-kanak kecil bermain di tepi sungai. Segera dia menghampiri
kanak-kanak kecil itu.
“Hai adik-adik.” Sapa Zaraa.
Serentak mereka menoleh kearah Zaraa.
“Hai kakak comel.” Jawab salah seorang daripada kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang lain hanya tersenyum-senyum malu.
Zaraa tergelak kecil.
“Terima kasih puji akak comel. Buat apa ni?” Tanya Zaraa
kemudian duduk di kerusi kosong yang terdapat disitu.
“Saja main masak-masak. Nama kakak siapa?" Tanya kanak-kanak
perempuan yang comel bertoncet dua rambutnya. Alahh, sweetnya dia senyum. Geram
Zaraa di buatnya.
“ Nama akak Izaraa Natasya. Panggil akak, kak Zaraa
je.” Jawab Zaraa sambil mencubit lembut pipi kanak-kanak comel itu.
“Ohhh.. umur kak Zaraa berapa?” Tanya seorang kanak-kanak
lelaki pula. Yang ini pun comel jugak. Pipi tembam, muka putih melepak macam
orang korea. Ishhh, kenapa comel-comel semua ni. Zaraa dah semakin geram.
“Cuba adik teka?” sengaja Zaraa mengusik adik comel itu.
“Hmm.. 18?” jawabnya.
“Salah. hehe.” jawab Zaraa.
“ Biar kita pulak jawab. Umur kak Zaraa 15, kan?” Tanya
seorang lagi kanak-kanak perempuan. Muka ala-ala adik yang lelaki tadi. Putih
melepak juga macam korea. Mungkin adik-beradik kot mereka ni.
“Salah jugak. Ok-oklah, kak Zaraa bagitau jelah. Umur kak Zaraa…….22
tahun.” Jawab Zaraa sambil tergelak kecil. Ada di kata umur aku 15. Muda sangat
ke muka aku ni. Hehe. Budak, tahu apa tentang umur. Sesuka hati saja
meneka. Gumamnya.
___________________________________________________________________________________
“Eh, tu macam minah cun yang kita nampak tadikan?” soal Ijol
kepada Ikmal.
“Mana?” soal Ikmal.
“Tulah. Dengan budak-budak kecil tu. kat bawah pokok tepi
sungai tu.” Ijol menunding jari kearah yang di maksudkan.
“Ohhh.. yela tu kot. Dalah, biar jelah dia. Jom pergi
belakang kejap. Aku hauslah.” Ajak Ikmal.
Ijol masih memandang ke arah gadis yang sedari tadi telah
mencuri perhatiannya.
“Alaaaa. Nantilah. Jomlah kita berkenalan dengan dia dulu. Rugi
kalau tak dapt kenal. Ni jelah peluang yang ada. Jomlah.” Ajak Ijol. Ikmal
keberatan. Bukan dia tidak mahu berkenalan dengan gadis itu, tetapi dia segan
dan malu kerana dia hanya orang kampung walaupun sedang belajar di UITM Shah
Alam. Sedangkan gadis cantik dan comel itu nampaknya seperti orang Bandar dan
berada.
“Malaslah. Kau jelah yang pegi.”
Tolak Ikmal.
“Eh, Mal. Kau ni kenapa? Macam tak suka je dengan kaum hawa.
Awek bukan main cun depan mata pun kau tak endah. Kau ni lurus ke tak?”
Terkejut Ikmal di tuduh begitu. Membulat matanya.
“Choiiii! Giler kau. Aku ni masih waras lagi tau tak. Kan ade
jugak yang makan selipar saiz 8 aku ni kang.”
Ijol tergelak besar.
“Dah tu. Apesal kau tak nak ikot aku? Dah, aku tak kira. Jom
kita singgah sana kejap. Lepas tu baru cari air. Jom!” Ijol menarik tangan
Ikmal. Ikmal hanya menuruti langkah Ijol. Ishh, janganlah kena sembur dengan
minah tu nanti. Ijol ni pun satu, pantang nampak awek cun laju je dia nak sapa.
Gumamnya di dalam hati.
___________________________________________________________________________________
“Hai!” sapa Ijol.
Zaraa yang sedang bergelak ketawa bersama kanak-kanak cilik
itu terus menoleh ke belakang. Dia mengerutkan dahi.
“Hai. Ye?”
Ijol duduk di sebelah Zaraa dan menarik tangan Ikmal untuk
duduk di sebelahnya. Ikmal hanya menurut.
Zaraa kehairanan. ‘Dah kenapa dengan mamat ni. Pelik
je.’Zaraa memandang mereka. ‘hmm..boleh tahan jugak mamat ni. Comel. Tapi, yang
sorang lagi tu lagi kacak. Badan agak tough. Ishh, ape aku melalut ni.
Astaghfirullahalazim.’ Zaraa berkata dalam hati kemudian menggeleng-gelengkan
kepalanya perlahan.
“Awak ok ke?” Tanya Ijol.
Zaraa tersentak.
“Ha? Errr.. ehemm. takde pape. Ye? Ada pape yang boleh saya bantu
ke?” Tanya Zaraa menyembunyikan gugupnya. Malu kerana di tangkap sebegitu.
Ijol tersengih.
“ Takde pape pun. Saja nak berkenalan. Tu pun kalau awak
sudi. Nama saya Hafizul, panggil Ijol. Ni kawan saya, Ikmal. Nama awak?” Ijol
menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Zaraa teragak-agak untuk menyambutnya.
“Ohh.. panggil Zaraa je.” Dia tersenyum kelat dan akhirnya
menyambut huluran salam Ijol. Dia turut bersalam dengan Ikmal.
“Ohh.. Zaraa. Sedap nama tu. Secantik orangnya. Awak duduk
mana ye? Sedara pak cik Fizi ke?” Tanya Ijol.
Zaraa tersenyum kelat.
“Haah. Uncle Fizi tu pakcik saya, adik mama. Saya duduk
KL.” Terang Zaraa ringkas.
“Ohhhh.. macam tu. Tapi, tak pernah nampak pun awak datang
sini sebelum ni. Baru first time ke?”
“Eh, taklah. Rasanya dah banyak kali. Tapi, time rayalah. Tak
pun time ada kenduri macam ni.” Terang Zaraa lagi.
‘Kenapa mamat yang sebelah Ijol tu tengok aku macam… macam
ape ek? Ahh. Pape jelah. Tapi, kenapa dia diam je. Pendiam ke?’ gumam Zaraa dalam
hati.
“Ohhh.. tapi hari tu tak nampak pun awak kat sini time anak
bongsu pakcik Fizi khatam?” soal Ijol lagi. Berapa banyak ohh dan soalan daaaa.
“Ohh.. yang tu. Ayah dengan mama je datang. Saya dengan abang
tak pegi. Abang kerja dan saya kat U.”
“Ohhhh.. faham-faham. Berapa orang adik beradik ye? Anak ke
berapa?” soal Ijol lagi.
Alamak! Ada soalan lagi ke. Adussss! Dia ni ade penyakit ohh
ke, daripada tadi asyik ohh je memanjang. Sampai aku pun dok terjangkit sekali.
“ 2 je. Abang Fiz dan saya.”
“ohhhh.. study kat mana?”
Ohhh lagiiiiii. Zaraa semakin tidak selesa.
“ saya study kat UNITEN Pahang. Ambik course Finance.” Jawab
Zaraa ringkas.
“ohhh..”
Ohhhh untuk sekian kalinya. Zaraa tersenyum sehingga
menampakkan lesung pipit yang dalam di sebelah pipi kanannya. Terpaku sejenak
Ikmal dan Ijol melihat senyuman itu. ‘cantiknya dia.’ Puji Ikmal.
“Errr.. umur Zaraa berapa ye?” Ikmal mula bersuara.
“Ha? Errr.. 22 tahun. Awak pula?” Jawab Zaraa gugup. ‘Ada pun
suara dia ni. Ingat tak ada.’
“Errr.. Saya 24 tahun.” Jawab Ikmal gugup.
“Hehe. saya pun 24 jugak.” Sampuk Ijol.
Zaraa tersenyum sedikit melihat Ijol.
“Err.. Ikmal study ke dah kerja?” Tanya Zaraa lagi.
“ Saya study lagi. Study kat UITM Shah Alam. Tapi, dah tahun
akhir dah.” Jawab Ikmal.
“ Saya kat Kolej Kemahiran.” Ijol menyampuk lagi.
Zaraa tersenyum.
“ Ambik Course ape?”
“ Ambik Engineering je.” Jawab Ikmal pendek. Dia tersenyum
sedikit.
“ Waaa.. best tu. Bakal Engineerlah ni ye.” Usik Zaraa.
Ikmal tersenyum.
“InsyaAllah kalau di izinkanNya.”
Ijol terdiam melihat perbualan Zaraa dan Ikmal. Timbul
perasaan cemburu dalam dirinya. Sedari tadi di lihat Zaraa asyik memandang kearah Ikmal walaupun mereka sedang berbual. Memang dia akui, Ikmal mempunyai rupa
yang kacak dan pandai dalam pelajaran.
Setelah agak lama mereka berbual, Zaraa mengerling jam di
pergelangan tangan kanannya.
“Oklah ya Ikmal, Ijol. Rasanya dah lama kita berbual. Saya nak
masuk dalam. Lagi pun dah petang dah ni. Assalamualaikum.” Zaraa bangkit
daripada tempat duduknya. Dia melihat kanak-kanak kecil tadi sudah bermain di
halaman rumah Uncle Fizinya. Dia tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu. Zaraa
menoleh semula kearah Ikmal dan Ijol.
“Masuk dulu.” Zaraa terus berjalan menuju ke rumah Unclenya. Zaraa
menghentikan langkahnya dan menoleh kearah Ijol yang memanggilnya.
“Boleh minta nombor telefon awak?” Tanya Ijol setelah
mendekati Zaraa.
Zaraa tersenyum kelat.
“Errr.. Maaf, saya tak bagi nombor kat orang yang baru saya kenal. Saya
masuk dulu.” Ujar Zaraa. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah Unclenya. Malas
mahu melayan kerenah Ijol. Dia tahu Ijol seperti menyimpan perasaan padanya. Dia
boleh melihatnya daripada renungan mata Ijol yang asyik merenungnya. Berbeza
dengan Ikmal yang pendiam dan menyenangkan hatinya.
No comments:
Post a Comment