Saturday, June 2, 2012

ADDS Part 2



PART 2

“Izaraa Natasya! Buka pintu nih!!” jerit Datin Miftah daripada luar bilik anaknya sambil mengetuk pintu.

Zaraa terus tersedar daripada tidurnya dan terduduk seperti terkena kejutan elektrik. Kelam kabut dia bangun dan membuka pintu biliknya.

“Ya Allah! Budak bertuah sorang ni. Baru bangun ke ni? MasyaAllah! Kan hari ni kita nak pergi rumah Uncle Fizi.” Zaraa yang masih dalam keadaan mamai, terus tersedar. Terbuka besar matanya yang sepet itu.

“Eh, bukan esok ke ma?”

Datin Miftah merenung anaknya tajam. Sengaja di kecilkan matanya untuk menakutkan anak gadisnya itu. Sudah di ingatkan semalam yang mereka akan pergi ke rumah adiknya di Johor dan sudah memaklumkan akan bertolak selewat-lewatnya  jam 9 pagi. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak gadisnya yang seorang ini membuka pintu dalam keadaan baru bangun dari tidur.

Terkulat-kulat Zaraa melihat renungan tajam mamanya itu.

“Hehe. Mama janganlah tenung Zaraa macam tu. Kecut perut Zaraa tengoklah. Taulah anak mama sorang ni cantik, cute. Tapi janganlah tenung macam nak telan.” Zaraa tersengih-sengih cuak.

“Eiii, awak nikan perasaan betul tau tak. Mama tengah marah ni, awak sempat lagi nak buat lawak sewel awak tu. Memang nak kena piat telinga dia ni.” Datin Miftah menarik cuping telinga anak gadisnya itu lalu menariknya masuk ke dalam bilik anaknya.

“Aduh! Ma, sakitlah. Ampun! Ampun! Patik janji tak buat lagi. Lepaslah ma, sakit nih.” Zaraa memegang tangan Datin Miftah yang sedang menarik telinga kirinya itu.

“Kan mama dah pesan semalam, siap cepat sikit. Pukul 9 nak gerak. Kalau tidak, lambat sampai sana nanti. Yang awak baru bangun kenapa? Saja buat mama marah tau. Abang Fiz dengan ayah awak dah lama siap. Tinggal tunggu awak je. Mati-matilah ingat dia dah siap. Rupa-rupanya baru bangun tido.”
Bebel Datin Miftah sambil memiat telinga Zaraa lebih kuat lagi.

Zaraa mengerang kesakitan.

“Alaaaa, sorrylah. Malam tadi sibuk siapkan assignment sampai pukul 2 pagi. Zaraa ada banyak assignment lagi nak di siapkan nanti. Tu yang terpaksa siapkan awal-awal. Ma, lepaslah. sakit niiiiiiii. Tak kesian ke kat anak mama sorang ni. Dahla sorang je anak perempuan mama.” Sempat Zaraa bergurau dengan Datin Miftah. Sebenarnya assignmentnya sudah di siapkan sebelum jam 1 pagi. Tapi dia sengaja online blog dan membaca novel sehingga jam 2 pagi untuk melayan matanya. Kalau di beritahu hal yang sebenar, lagi teruklah dia kena. Hihiiii.

Datin Miftah tersenyum geram seraya melepaskan telinga Zaraa.

“Tulah, tido sampai lewat malam lagi. Nasib baik ada alasan. Kalau tidak, memang mama piat sampai lebam telinga tu. Sudah! Mama bagi masa 10 minit untuk bersiap. Lambat, tinggal.”

Zaraa terjerit kecil.

“Mana boleh. Mama niiiii, saje je nak dera Zaraa tau. Mana sempat 10 minit je.” Rungut Zaraa.

Datin Miftah menyembunyikan senyumannya. Pura-pura menegangkan mukanya.

“Sempat kalau awak gerak sekarang.Tegak je kat sini, memanglah tak sempat.”

Zaraa tersengih-sengih. Kelam kabut dia mengemas katil. Kemudian mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air yang sudah tersedia di dalam bilik tidurnya.

Datin Miftah tertawa kecil melihat kelakuan anak bongsunya itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum keluar dari bilik anaknya dan turun  mendapatkan suami dan anak lelakinya yang berada di meja makan.
___________________________________________________________________________________

“Ha, mana anak bongsu awak tu. Tak siap lagi ke dia?” Datuk Azlan Lee bertanya setelah melihat isterinya di meja makan.

Datin Miftah duduk bersebelahan dengan suaminya.

“Ada tu kat atas. Baru nak mandi.” Jawab Datin Miftah dengan selamba sambil menuang air milo panas ke dalam cawan di hadapannya.

“Aik? Baru nak mandi? Biar betul adik ni. Kan semalam dah cakap nak pegi pukul 9.” Fizhan yang sedang makan nasi goreng bersuara.

Datin Miftah tersenyum.

“Baru bangun tidolah tu. Tu yang baru nak mandi.”

“Laaaa.. Baru bangun tido? Ingatkan dah bangun awal tadi. ‘Hantu tidur’ betullah adik ni.”

Datuk Azlan Lee tersengih mendengar gelaran yang diberi oleh anak lelakinya kepada anak bongsunya itu.

“Mana taknya, tido pukul 2 pagi. Alasannya sebab siapkan assignment. Nasib baiklah ada alasan kukuh. Kalau tidak, memang mama piat telinga adik awak tu sampai lebam. Biar dia rasa. Saja je nak biar kita tunggu dia.” Bebel Datin Miftah lagi.

Fizhan Tersengih.

“Mama ni, tak baik piat adik tu. Nanti kalau tanggal telinga dia, dah cacat. Tak merasalah mama dengan ayah nak dapat menantu lelaki.” Gurau Fizhan.

Tergelak ketiga-tiga anak beranak itu.
___________________________________________________________________________________

Sementara itu, Zaraa yang berada di dalam bilik kelam kabut menyarung baju ke tubuhnya. Zaraa mengutuk dirinya. Macam manalah dia boleh terlajak tidur sampai melepasi waktu subuh. Habis subuhnya di tinggalkan. Padahal dia sudah mengunci jam loceng sebelum tidur. Mungkin kerana terlalu mengantuk dan penat kerana bersengkang mata hingga ke jam 2 pagi membuatkan dia tidak sedarkan diri. Tapi….selalunya mesti dia akan tersedar juga sebab jam locengnya hanya di letakkan di sebelah katilnya saja. Dia juga bukan seorang yang susah apabila hendak di kejutkan daripada tidur.

“Hmm.. mengantuk sangatlah ni.” Komenya pendek.

Dia pantas mencapai sikat di atas meja solek dan mula menyisir rambut lurusnya yang di potong layer dan berwarna keperangan itu. Dia sering menerima pujian daripada teman-teman sekuliahnya mengenai rambutnya yang berwarna perang asli itu. Dia bersyukur kerana di berikan mahkota yang sihat dan cantik. Tidak perlu untuk bersusah payah merawatnya di salun dan dia hanya akan berkunjung ke salun untuk menukar fesyen rambutnya sahaja. Dia menyentuh rambutnya.

“Hmm.. dah paras dada dah. Sekejap aje dah panjang.”

Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Zaraa terus mencapai beg sandang dan handphone Samsung Galaxy Note di atas meja solek. Sempat Zaraa mengerling jam loceng di sebelah katilnya. 
Langkahnya terhenti. Zaraa mencapai jam loceng tersebut. Berkerut dahinya.

“Laaa.. patutlah tak berbunyi. Mati rupanya jam ni.” Ujarnya sendirian.

Zaraa meletakkan kembali jam loceng itu dan berjalan keluar daripada biliknya. Setelah mengunci pintu, Zaraa berjalan menuruni tangga dan segera mendapatkan familynya di meja makan.
___________________________________________________________________________________

“Hai! Morning semua!” Zaraa bersuara riang setelah hampir dimeja makan.

Mereka bertiga yang sedang rancak bercerita menoleh ke arah Zaraa.

“Amboi.. khusyuknya bercerita sampai Zaraa datang pun tak sedar.” Zaraa bersuara lagi.

Fizhan tersenyum sinis.

“Eleh.. dahlah bangun lambat, bersiap pun lambat. Ada hati nak tegur-tegur orang-orang kat sini. Tengok jam dah pukul berapa sekarang? Dah lambat tau tak.” Tempelak Fizhan.

Zaraa melihat jam di tangannya. Dia tersengih.

“Alaaa, lambat 20 minit je. Ok apa, daripada lambat 1 jam. Lagi lama you all nak tunggu.” Komen Zaraa.

“Yela tu. Dah panas punggung ni dok tunggu dia je. Tau tadi tinggal je, lagi bagus.” Gurau Fizhan.

Masam wajah Zaraa.

“Ayah, tengoklah abang ni. Saja je nak kenakan Zaraa.” Fiha mendekati DatukAzlan Lee, meminta simpati.
Datuk Azlan Lee tergelak kecil.

“Ayah tak campur.”

Tergelak Fizhan melihat telatah adiknya itu.

“Padan muka! Ayah tak nak tolong pun.” Sengaja Fizhan mendera perasaan adik kesayangannya itu. Hanya itulah satu-satunya adik yang dia ada. Begitulah perangai adiknya yang satu itu. Manja dan periang. Walaupun begitu, adiknya itu berfikiran matang dan berkeyakinan. Adiknya itu juga mempunyai rupa yang cantik dan comel. Matanya yang berwarna coklat hazel menyerlahkan kecantikan aslinya. Tak jemu mata memandang. Staf perempuan di syarikat ayahnya yang gilakan artis korea pernah bertemu dengan adiknya ketika singgah ke rumah dan dia menyatakan rupa adiknya ada iras artis korea, YoonA. Entah betul entahkan tidak. Bukannya dia mengikuti perkembangan artis korea pun. Tapi, boleh jadi juga sebab ayah memang berketurunan cina. Sekali lihat sahaja orang sudah dapat mengagak yang ayah berketurunan cina kerana ayah memang chinese look dan ada tambahan Lee di belakang namanya.

Sengaja Zaraa memasamkan wajahnya.

“Alalala.. comelnya dia buat muka macam tu. ‘Sejibik’macam mak nenek jual sayur.”


Datin Miftah dan Datuk Azlan Lee hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum melihat kelakuan anak-anak mereka itu. Satu suka mengusik, yang satu lagi terlebih manja.

“Alaaaa.. abang Fiz niiiiii. Ni nampak penumbuk ni. Tumbuk kang.” Zaraa menunjukkan penumbuk kearah Fizhan.

“Eiiii, tatotnyeeeeerrrrr.” Usik Fizhan sambil membuat wajah takut.

“Sudahlah tu, Fiz. Kan ada jugak yang hujan nanti. Muncung dah panjang sedepa dah tu.” Usik Datuk Azlan Lee pula.

Tergelak besar mereka yang ada di situ. Makin panjang muncung Zaraa.

“ Ayah niiiii. Sama je macam abang. Suka usik Zaraa. Malas nak layan ayah dengan abang.” Zaraa yang daripada tadi berdiri di sisi Datuk Azlan Lee, berjalan dan duduk di sebelah Fizhan. Zaraa mencapai teko yang berisi air milo panas kesukaannya dan menuang ke dalam cawan di hadapannya. Kemudian Fiha menghirup dengan selamba. Di capainya pula pinggan Fizhan yang masih bersisa nasi goreng kemudian di suap ke mulutnya. Perlakuan selambanya itu di pandang oleh ahli keluarga yang lain. Tapi Zaraa tidak menghiraukan pandangan mereka.

“Apelah adik ni. Nasi banyak lagi kat mangkuk tu. Pinggan pun ada depan mata. Tu pun still nak ambil nasi abang. Pemalas punya orang.”

“Biarlah. Abang bukan makan lagi pun. Daripada membazir buang nasi ni, baik Zaraa yang tolong makankan.” Selamba Zaraa menjawab.

“Amboiiii! Sedap je ayat dia. Bila masa abang cakap tak nak makan lagi. Baru tadi nak makan, adik dah sambar pinggan abang.”

Zaraa menjelirkan lidahnya sambil meneruskan suapannya.

“Ish! Ni kalau tak di hentikan sampai sudah tak habis.Sudah-sudah. Cepat sikit makan tu. Kita dah lambat. Dah dekat pukul 10 dah ni. Takut lambat pulak sampai kat Johor tu. Janji nak sampai awal, tolong apa yang patut. Ni pukul 10 pun tak gerak lagi. Patutnya ahli keluarga terdekat yang sampai dulu dan tolong-tolong. Hmmm.” Bebel Datuk Azlan Lee panjang.

“Entah adik ni. Dia punya pasallah, dah lambat gerak.”

“Biarlah. Sibuk je.”

Zaraa tidak mahu membalas kata-kata abangnya lagi kerana dia tahu memang salahnya dan membuatkan mereka lewat untuk bertolak. Esok akan ada majlis persandingan anak Uncle nya merangkap abang sepupunya di Johor dan sepatutnya mereka sampai lebih awal selewat-lewatnya sebelum asar untuk membantu majlis itu nanti. Tapi di sebabkan dia terlambat, maka mereka akan sampai lambat juga. Nasib baiklah Kuala Lumpur dengan Johor tidak begitu jauh. Sempatlah untuk sampai pada hari ini walaupun agak lewat sedikit.

No comments:

Post a Comment